Yuni hilang suami isteri ifan masih hilang 8Gambar

Selat Sunda : Yuni hilang suami isteri ifan masih hilang 8Gambar Pemain bass kumpulan popular Indonesia, Seventeen, Muhammad Awal Purbani atau Bani disahkan maut bersama pengurus, Oki Wijaya.

Manakala tiga lagi termasuk isteri vokalis band itu masih hilang selepas tsunami melanda kawasan Pantai Tanjung Lesung, Banten, Selat Sunda, semalam.

Perkara itu dimaklumkan vokalis kumpulan itu, Riefan Fajarsyah atau Ifan dalam satu rakaman video di Instagram peribadinya.

Ifan memaklumkan dirinya selamat tetapi Bani dan Oki meninggal dunia, manakala anggota band lain termasuk isterinya yang juga pelakon, Dylan Sahara masih hilang.

“Andi, Herman, dan Ujang belum diketemukan, minta doanya untuk isteri saya belum diketemukan,” katanya.

Satu video memaparkan detik terakhir kumpulan itu sedang mengadakan persembahan sebelum ombak tsunami datang ‘menyapu’ pentas dan penonton, tular di laman sosial.

Band itu dilaporkan memenuhi jemputan dalam majlis tertutup di Tanjung Lesung Beach Resort, di Pandeglang, Banten.

Dalam video itu, Ifan yang sedang menyampaikan sebuah lagu sebelum ombak tsunami datang dari bahagian belakang pentas.

Yuni hilang suami .. isteri ifan masih hilang 8Gambar

Menerusi satu hantaran di Instagram vokalis kumpulan itu, Ifan mengesahkan Herman dan Rukmana atau Ujang terkorban dalam tragedi itu.

“Selamat jalan ko Eman (Herman), husnul khotimah. Teman semua maafkan salah Herman ya, mohon diikhlaskan dan dikirimkan doa buat arwah.

“Uje17_rukmanarustam (Ujang) juga selamat jalan jang, husnul khotimah, InsyaAllah jang, Ujang orang baik. InsyaAllah ko Eman sama Ujang ditempatkan Allah di sisinya yang paling mulia,” tulisnya. Hantaran sama turut menyentuh hati orang ramai apabila Ifan meminta pemain dram, Andi yang masih hilang supaya cepat pulang ke pangkuannya.

“Andi_seventeen cepat pulang sob, aku tinggal sendiri, please (tolong),” tulisnya.

Sebelum ini, Ifan turut mengesahkan pemain bass kumpulan itu, Bani antara yang terkorban dalam kejadian tsunami berkenaan.

Sementara itu, hantaran terbaru Ifan turut mengundang simpati orang ramai apabila hari ini adalah ulang tahun kelahiran isterinya, Dylan Sahara yang masih belum ditemui.

“Hari ini hari jadi kamu, aku mahu ucapkan kepada kamu. Cepat pulang sayang dylan_sahara,” katanya. Al fatihah.