[VIDEO] Cinta Vs Nafsu – Kalau You All Kenal Any Men, Keluar Je Terus Maksiat So Jangan Kawin -prof Muhaya

Jangan Menyesal Di Kemudian Hari Kalau Kamu Tersalah Pilih Lelaki Dayus

Macam mana kalau kita nak tahu yang lelaki itu sesuai untuk jadi suami kita atau tidak?

Kadang-kadang teman lelaki kita cakap dia cintakan kita. Ini cara nak bezakan antara cinta dan hawa nafsu. Kalau seseorang sayangkan kita dia akan menjaga cinta kita menjadi satu ibadah. Dia akan menjaga dan melindungi maruah kita. Tidak sesekali meminta melakukan perkara yang akan cenderung melakukan maksiat. Sebagai contoh berpegangan tangan. Tetapi kalau baru kenal terus maksiat itu nafsu. Jangan kawin dengan lelaki macam ini kerana itu adalah cintakan nafsu semata-mata.

Wanita sekalian jagalah diri janganlah menjadi terlalu murah untuk diberi sentuh kepada mana-mana lelaki sebelum sebuah ikatan perkahwinan. Jadilah wanita solehah supaya mendapat suami yang soleh. kalu kita nak tahu kita ini baik atau tidak tengok lelaki yang suka kita tu baik atau tidak?

Kalau lelaki yang suka kita tu teruk mungkin kita pun perangai teruk. Itulah serba sedikit cerminnya. Selain itu, jika kita ingin mendapat jodoh yang baik , carilah di tempat yang baik-baik. Contohnya jika kita berjumpa seseorang lelaki di tempat-tempat hiburan atau kelab-kelab. Sudah tentulah mereka tidak baik untuk kita. Tetapi carilah lelaki yang sering berada di majlis ilmu kerana dia juga mungkin baik untuk kita.

Ini 6 ciri yang baik untuk dijadikan calon suami.

1. Berani tinggal solat

Lelaki yang sanggup meninggalkan solat bermaksud dia berani mengingkari perintah Allah. Sedangkan suruhan Allah dikhianati, apatah lagi amanah manusia. Rasulullah SAW bersabda, “Perjanjian kami dengan mereka adalah solat. Orang yang meninggalkannya, bererti dia telah kafir”. (HR At-Tirmidzi)

Macam mana nak percaya pada suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah SAW, padahal solat adalah tiang agama.

2. Suka lakukan dosa besar

Mabuk, zina dan berjudi adalah antara dosa-dosa besar yang perlu dielak. Kehidupan bersama suami seperti ini sama seperti anda hidup di dalam neraka. Semoga mereka bertaubat kepada Allah dan diampuni dosanya.

3. Dayus

Tidak ada rasa cemburu kepada isteri dan membiarkan anak-anak terjerumus dalam lembah maksiat. Meminta anda untuk tidak berhijab kerana menganggapnya kuno dan membiarkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki dan bergelak dengan lelaki lain adalah antara ciri-ciri lelaki dayus.

4. Sombong dan bangga diri

Memiliki mentaliti seperti tidak mengenal perasaan cinta. Ego, hanya mencintai dirinya sendiri dan mengahwini anda bukan kerana cinta tetapi hanya kerana nafsu yang menginginkannya.

5. Derhaka kepada ibu bapa

Kalau ada lelaki yang tidak menghormati ibu bapa, macam mana agakya dia hendak menghormati diri anda? Adakah dia berharap isterinya akan berbakti dan menuruti segala perintahnya, sedangkan dia tak melakukan perkara yang sama kepada kedua orang tuanya?

Lihat saja bagaimana dia melayani keluarganya. Tak takut ke nak bersuamikan lelaki yang tidak berbuat baik kepada keluarganya sendiri?

6. Kedekut

Rasulullah SAW melarang kita untuk bersifat kedekut, sebagaimana beliau bersabda, “… Dan hindarilah sifat kedekut kerana kedekut telah menghancurkan orang-orang sebelum kamu, membuat mereka saling bunuh-membunuh dan melanggar kehormatan orang lain” (HR Muslim).

Mencari pasangan biarlah yang boleh membuat kita bahagia dunia dan akhirat. Jadi sebelum memilih lelaki untuk dijadikan suami, elok la jika melihat semua kriteria ini terlebih dulu. Bukan apa, tak mahu ada pula yang menyesal di kemudian hari.

Video:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit : Belogfadah Sempoi