Ustaz Azzuri m4ut ketika berkonvoi 8Gambar

Tanjung Malim : Ustaz Azzuri m4ut ketika berkonvoi 8Gambar Ustaz Azzuri A. Rahman telah terlibat dalam kemalangan maut dalam perjalanan ke Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Malaysia di Perlis.

Kemalangan berlaku di lebuhraya Plus berhampiran Lembah Beringin yang mana Ustaz Azzuri yang menunggang motosikal kuasa tinggi jenis kawasaki zzr.

Ketika kejadian Ustaz sedang berkonvoi bersama-sama rakan-rakan nya diperjalanan menuju ke Perlis untuk menyertai perhimpunan Ijtimak Tarbawi 6.0 yang berlangsung di sana.

Mengikut sumber punca kemalangan tersebut adalah berpunca dari tayar motosikal pecah dan motosikal hilang kawalan yang menyebabkan Ustaz cedera impak kemalangan.

Sayu luahan insan-insan yang mengenali Ustaz Azzuri :

Tersentak pagi ini bila mendapat berita tentang pemergian sahabatku.Saya
mengenalinya semasa sama2 belajar di Maahad Darul Quran Kg. Rusila, Marang walaupun dia merupakan anak peneroka Felda Jengka 9, Jerantut. Kemudian kami sama2 menyambung pelajaran di Bumi Sana’a, Yaman. Orang yang sangat ceria dan mudah didekati oleh semua orang. Sentiasa tersenyum, jarang nampak dia marah kepada orang lain. Semoga perjalananmu akan dikira oleh Allah sebagai SYAHID FISABILILLAH. Ya Allah, ampunkanlah segala dosanya dan terimalah segala amal baktinya.

Kematian itu sangat dekat.

 

Dukacita dimaklumkan bahawa Ust Azzuri A. Rahman telah terlibat dalam kemalangan maut dalam perjalanan ke Ijtimak Tarbawi di Perlis. Kemalangan berlaku di lebuhraya Plus berhampiran Lembah Beringin.

Jenazah beliau akan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru.

Urusan pengebumian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semoga Ust Azzuri dinaungi belas kasih rahmat daripada Allah s.w.t

Daripada;
Ust. Sufyan Hj. Ismail

Jenazah Ustaz dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk tindakan lanjut sebelum di bawa pulang Urusan pengebumian.

Ustaz Azzuri berasal dari Jengka 9 Pahang dan menetap di Puchong Selangor seorang insan yang sangat baik dan dikenali ramai.

Punca sebenar kemalangan dalam siasatan pihak berwajib, semoga keluarganya tabah permergian nya mengejutkan tidak disangka perjalanan nya kali ini berkonvoi bersama motosikal berakhir tragedi.

Ini bukan kali pertama arwah bermotosikal sebelum-sebelum ini juga arwah pernah berkonvoi bermotosikal untuk bersama perserta-perserta yang menyertai Ijtimak Tarbawi yang pasti kehilangan nya untuk edisi kali ini amat dirasai semua.

Salam takziah buat keluarga nya arwah meninggalkan anak-anak yang masih kecil yang masih perlu kasih sayangnya namun yang maha esa lebih sayangkan Ustaz Azzuri. Al fatihah.