Tugas terakhir seorang ayah .. Ajal kemalangan kaku dijalan berterabur barang dapur baru dibeli (8Gambar)

Ipoh : Seorang lelaki orang Asli maut apabila motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di simpang 4 kg Baru Air Kuning Cenderung Balai dalam jam 12 tengahari semalam.

Mangsa yang dikenali dengan nama Pandak bakar @ pandak Sewek bekas PGA Kroh meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah dikepala dan dalaman badan.

Ketika kejadian mangsa dikatakan diperjalanan pulang dari membeli barangan dapur buat keluarga nya.

Paling memilukan berterabur barangan yang dibeli mangsa diatas jalan ini mengudang pilu anak perempuan nya Aca dan seluruh keluarga.

Mengikut Aca bapa nya mengalami pendarahan dalaman yang mana darah keluar dari mulut serta kaki mengalami luka terkoyak.

Mangsa turut membeli akhbar dan akhbar itu lah yang menutup jasad nya diatas jalan, jenazah di Hantar ke Hospital Changkat Melintang untuk tindakan lanjut.

Semoga Aca serta Kak nya Nur Nur Zulaiha yang juga merupakan Anggota PGA Kroh tabah kepada ibu nya amat perit untuk terima semua ini tiada lagi suami tersayang disisi.

Punca kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan hanya rosak disebelah kanan kereta akibat rempuhan motosikal mangsa. R.I.P (Mangsa bukan beragama islam namun ada anak-anak nya telah memeluk Islam-Salam Takziah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *