Tragis nya ketika ajal menjemput mu .. Motosikal dirempuh kereta (6Gambar)

Puncak Alam : Pemergian bekas pelajar Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam, Aizuddin Aiman Maon pada pagi hari Jumaat.

Motosikal yang ditunggang mangsa Aizuddin Aiman Maon,26, telah dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di jalan mokhtar dahari menuju Puncak Alam dalam kejadian jumaat lalu.

Permergian arwah yang amat dikenali dikalangan pelajar Uitm Puncak Alam itu mengudang pilu insan-insan yang mengenali mangsa.

Mengikut insan yang mengenali mangsa, arwah merupakan seorang pelajar yg taat pada agama, pintar, komited pada pelajarannya, berakhlak baik, disenangi oleh rakan2nya dan juga para pensyarah. Beliau sentiasa memaparkan sikap hormat pada org sekelilingnya.

Berbadan sado, sangat prihatin pada penerampilan diri. Semasa kuliah, duduknya dibarisan paling hadapan bahagian paling hujung lecture hall. Begitu murah dengan senyuman. Sejuk mata hati memandang arwah dalam sesi kuliah/makmal bersama beliau, antara sumber ketenangan saya ketika sedang mengajar walau pasti akan ada soalan buat saya dipenghujung sesi pengajaran.

Pemergian arwah mengesan dalam jiwa saya. Sayu hati mengenangkan kemalangan jln raya yg menimpa arwah dipagi hari Jumaat, penghulu segala hari. Allah swt menyayangi mu Aiman

Saya memohon semua sahabat, saudara mara fb, agar sama2 mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Mudahan syurga tempat mu Aiman..syurga tempat mu Aiman… inshaAllah . Alfatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *