Tragedi pulang kerja ajal sijelita rempuh kon 6gambar

Sekinchan : Tragedi pulang kerja ajal sijelita rempuh kon 6gambar Perjalanan pulang kerumah bertukar tragedi, Pembantu Pengurus MRDIY Sekincan Nur Yusrah Othman, 21, maut apabila kereta perodua Axia yang dipandu hilang kawalan dan terbalik setelah merempuh kon melaluan nya.

Kejadian berlaku di kilometer 60, Jalan Teluk Intan-Klang, berdekatan Batu 23, Sungai Nibong di Sekinchan, malam tadi yang mana laluannya gelap dan tidak rata.

Dalam kejadian 10.30 malam itu Yusrah meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Lim Chee Khoon berkata, siasatan awal mendapati wanita yang memandu Perodua Axia bersendirian datang dari arah Sekinchan menuju ke rumahnya di Parit Satu, Sungai Panjang.

“Setibanya di lokasi itu, mangsa dikatakan hilang kawalan melanggar keselamatan di jalan dan terbalik.

Menurut saksi, kemalangan berlaku adalah disebabkan keadaan jalan dua lorong dijadikan satu lorong sahaja selain daripada keadaan jalan yang gelap dan pencahayaan kurang.

“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya kepada Harian Metro.

tragedi-pulang-kerja-ajal-sijelita-rempuh-kon-6gambar

tragedi-pulang-kerja-ajal-sijelita-rempuh-kon-6gambar

tragedi-pulang-kerja-ajal-sijelita-rempuh-kon-6gambar

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

Kata Chee Khoon, ketika kejadian permukaan jalan tidak rata dan keadaan gelap kerana tiada lampu jalan.

“Selain itu, hanya dua daripada empat lorong dibuka untuk kenderaan berikutan pembinaan kerja sedang dijalankan di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Permergian Yusrah yang merupakan anak seorang guru di kampung Parit Sg Dorani mengudang pilu insan-insan yang mengenali arwah yang merupakan seorang yang sangat disenangi dikhabarkan dia baru dinaikkan pangkat sebagai pembantu Pengurus di MRDIY Sekincan.

Allah lebih syg kan dia..tumpang sedih mengenangkan bonda Allahyarhamah..pasti berduka yg amat..hati ibu mana yg tak akan meratapi..pasti terkesan hingga akhir hayatnya..anak yg dikandung dibesarkan kini dipanggil menemui sang pencipta..innalillah..semoga keluarga tabah dan sabar dgn dugaanNya..😢😢 -Siti Nor Ahmad

Semoga keluarga arwah tabah dia insan yang sangat baik dan setiasa tersenyum sangat disukaii teman-teman dan pelanggan MRDIY. Al fatihah.