Tragedi ke Majlis tahlil .. Nek jah maut jubah tersangkut dia tersemban ke tanah

Dungun : Ajal Nek Jah, seorang wanita maut selepas jubah yang dipakainya terbelit pada gegancu motosikal yang diboncengnya dalam kejadian di Jalan Durian Mas 2, Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, Lijah Abdullah, 62, yang tinggal di Taman Mulia AMBS, disahkan meninggal dunia pada jam 7.45 petang akibat parah di bahagian kepala.

Mangsa sebelum itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan AMBS sebelum dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan meminta anak jirannya, Mohd Khairul Anuar Mohd Sah, 21, menghantarnya untuk majlis bacaan Yasin dan tahlil kematian seorang penduduk di situ.

Mohd Khairul Anuar berkata, dalam perjalanan itu, dia berasa motosikal ditunggangnya bergoyang sebelum terdengar mangsa terjatuh.

Katanya, dia segera memberhentikan motosikal dan mendapatkan mangsa yang tersembam di atas jalan.

“Mangsa berlumuran darah di kepala dan muka dan tidak berkata apa-apa ketika saya mengajarnya mengucap.

“Mulanya tak tahu macam mana dia boleh terjatuh sebelum mendapati cebisan jubah mangsa melekat di gegancu motosikal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa kira-kira jam 11 malam,” katanya. Al fatihah.

Kredit : coretanmedia