Tr4gis Farhana Alia pergi dil4nggar lari 6Gambar

Prai: Tr4gis Farhana Alia pergi dil4nggar lari 6Gambar Sungguh menyayat hati dan menger1kan keadaan mayat seorang wanita dengan kep4la pecah selepas jatuh dari motosikal ditunggang dan digilis sebuah kenderaan, di Prai, semalam.

Ini lah yang berlaku kepada arwah Farhana Alia Khairol Azhar, 30, yang berasal dari Padang Serai, Kedah, ketika kejadian jam 8.45 malam di Jalan Perusahaan Perai mangsa diperjalanan pulang ke rumahnya di Juru.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata ketika kejadian, wanita itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Perai ke Juru.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan.

Beliau berkata, wanita itu kemudian terjatuh dari motosikal sebelum dipercayai digilis kenderaan terbabit.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, bagaimanapun, pemandu kenderaan terbabit dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Apa yang berlaku kepada arwah Farhana Alia mengundang pilu keluarga dan insan-insan yang mengenali mangsa.

Adik mangsa yang dikenali dengan nama Farhana Amira memohon kepada sesiapa yang melihat kejadian itu boleh menghubungi pihak berkuasa untuk membantu mencari siapa yang melanggar mangsa.

As’salamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua warga Facebook dan rakan2 yg mengenali..

Saya disini nak maklum bahawa arwah kakak sulong saya farhana alia bte khairol azhar.. Terlibat dengan Kemalangan jalan raya (langgar lari) semasa nak balik dari tempat kerja (kilang cargill) kawasan naga sari, prai pada 03 2035H November 2018 dan meninggal dunia di tempat kejadian. Saya mendapat info dari Jsj Bukit mertajam bahawa mengesyaki arwah berkemungkinan besar dilanggar oleh kenderaan muatan berat(lori). Sekiranya, dalam kalangan warga Facebook saya atau sesiapa sahaja yang mempunyai info yang bermanfaat atau berada ditempat kejadian mohon memberi bantuan bagi mencari kenderaan tersebut seterusnya dapat membantu dan memudahkan kerja pihak PDRM.

Oleh itu, diminta sesiapa sahaja yang mempunyai info berkenaan kemalangan langgar lari di Naga Sari, prai. Masa lingkungan dalam jam 08:20 hingga 08:40 boleh menghubungi balai polis yang terdekat atau boleh menghubungi saya terus di talian :

Farhan – 010-9450561 (call/whatapps)
Farhana – 0194074417 (call/wassap)

Selain itu, Mohon pada semua warga group ini semua dapat memberi sedekah Al-Fatihah kepada Arwah kakak saya. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt sebab mempermudahkan urusan jenazah dari semalam sampailah ke hari ini. Selesai dengan selamat semasa mengkebumikan arwah pada 04 1005H Nov 2018. Alhamdulillah.. Semoga Allah swt tempat arwah di kalangan org2 yang beriman serta arwah dicucuri rahmat hendakNya. Amin..

Pihak berkuasa meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau saksi kejadian menghubungi polis di talian 04-5301977.

“Mereka juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Farizal Akmar Omar di talian 019 2734851.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.Al fatihah