Tidur diriba ibu permintaan terakhir Tasya 6Gambar

Kuantan : Tidur diriba ibu permintaan terakhir Tasya 6Gambar Sayu luahan salah seorang ibu dari tiga mangsa yang terlibat kemalangan maut semalam, dalam kejadian diJalan Semambu semalam kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima sahabat terjunam kegaung.

Akira Alinnatasya Mohd Jaafar, seorang daripada tiga remaja yang maut dlam kemalangan di Jalan Semambu di sini hari ini, menunjukkan perubahan sikap yang agak ketara apabila mahu bermanja dengan ibunya pada pertemuan terakhir mereka minggu lalu.

Ibunya Norizeh Ibrahim, 48, berkata Akira Alinnatasya, 16, tinggal bersama anak sulungnya Nur Nazatul Shafirah, 23, di Taman Fikri, Kemaman, Terengganu bagi memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja di sebuah kedai mendandan rambut.

Katanya anak ketiga daripada empat beradik yang mesra dipanggil Wanda pulang ke rumahnya di Kampung Geliga Besar, Kemaman pada hujung minggu lalu.

“Arwah tanya jika boleh tidur di riba saya sebab dia demam… dia kata nak bermanja sebab sayangkan saya. Saya ingat arwah berperangai begitu sebab tak sihat memandangkan arwah pendiam orangnya.

“Arwah buat keputusan untuk bekerja selepas tamat tingkatan tiga kerana mahu membantu saya,” kata ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kedai itu kepada pemberita semasa ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.

Menurutnya arwah yang bercita-cita menjadi pramugari juga mahu mengumpul wang bagi mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia secara persendirian bagi merealisasikan impiannya.

Norizeh berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Jerangau, Terengganu memandangkan arwah rapat dengan datuknya di sana.

Pada kemalangan 6.30 pagi tadi, Akira Alinnatasya, Nur Alya Ariana Azman, 16 dan Mohd Rizal Zainuddin, 20, maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Semambu di sini.

Kemalangan yang dipercayai berpunca akibat kenderaan dipandu laju semasa hujan itu juga menyebabkan pemandunya Muhammad Firdaus Mohd Noor, 22, cedera manakala seorang lagi remaja lelaki yang belum dikenal pasti kritikal dan dirawat di HTAA.

Kesemua mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kemaman dari Kuantan semasa kejadian.

Sementara itu, bapa Mohd Rizal, Zainuddin Wahab, 52, berkata sejak kebelakangan ini arwah kerap memberitahu ibunya Rahana Harun, 50 agar dikebumikan berhampiran kubur datuknya di Bukit Kuang, Kemaman.

“Arwah rapat dan masih mencium pipi ibunya setiap hari walaupun sudah besar… dua tiga hari lalu dia beritahu kalau apa-apa berlaku, kebumikan (dia) dengan tok ki (datuk),” katanya.

Zainuddin yang menetap di Kampung Injin Gergaji, Kemaman berkata dia dimaklumkan tentang kejadian oleh seorang rakan anaknya sekitar 8 pagi namun menyangka arwah hanya cedera.

Ibu kepada Nur Alya Ariana, Sarina Abas, 42, pula berkata jenazah anak ketiga daripada lima beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Gajah, Kemaman. Al fatihah