Tiada lagi insan serba boleh .. Hembus nafas dipagi jumaat yang mulia (4Gambar)

Kota Kinabalu : Permergian nya amat dirasai, Personaliti popular, Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, pagi tadi.

Perkara itu disahkan seorang ahli keluarga pengacara terkemuka itu ketika dihubungi NSTP di sini, sebentar tadi.

Adik kepada Allahyarham yang dikenali sebagai Ida memberitahu, Mahadzir ditemui terbaring di bilik sebuah hotel di bandar raya itu.

“Saya baru hendak berangkat ke Sabah dengan kakak saya, Prof Fakhariah untuk tengok abang. Apa yang dimaklumkan kepada saya, abang meninggal selepas solat Subuh.

“Ada orang jumpa abang terbaring dalam bilik hotel. Kebiasaannya abang akan turun sarapan pagi, tetapi pagi tadi dia tak turun dan ditemui terbaring dalam bilik.

“Saya tak boleh cakap apa-apa sekarang sebab tak tahu keadaan sebenar. Tunggu sehingga saya sampai di sana baru boleh saya bercerita lanjut,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama stesen televisyen itu.

Beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan stesen televisyen (TV) berkenaan.

Kebolehan Mahadzir bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan beliau sering diundang sebagai pengacara pelbagai acara bertaraf antarabangsa.

Mahadzir dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis.Al fatihah.

Sumber coretanmedia

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *