Tersepit dimyvi perjalanan akhir seorang suami 10gambar

Sandakan : Tersepit dimyvi perjalanan akhir seorang suami 10gambar seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan maut dalam kemalangan di Jalan Beluran-Telupid, berhampiran simpang Ladang Berkat Setia, Beluran, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Laskar Kelas Satu Maritim, Muhammad Nazrin Tarmidi, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan.

Difahamkan, mangsa yang memandu Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Telupid menuju ke Sandakan bersama lima penumpang iaitu isteri dan anak serta tiga lagi anak saudaranya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, kenderaan mereka bertembung dengan sebuah lori 10 tan menyebabkan mangsa tersepit di bahagian pemandu sebelum dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba.

Mangsa lain yang berusia lingkungan antara dua hingga 20-an dilaporkan cedera ringan selepas dikeluarkan oleh orang awam dan bomba.

tersepit-dimyvi-perjalanan-akhir-seorang-suami-10gambar

tersepit-dimyvi-perjalanan-akhir-seorang-suami-10gambar

tersepit-dimyvi-perjalanan-akhir-seorang-suami-10gambar

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.08 petang dan seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba mendapati satu kemalangan jalan raya membabitkan lori bertembung dengan sebuah Perodua Myvi yang dinaiki enam individu.

“Anggota bomba mengeluarkan pemandu yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, difahamkan jenazah diterbangkan dari Lapangan Terbang Sandakan ke Negeri Sembilan sebelum dikebumikan di Gemas di tempat kelahiran beliau, hari ini.

Permergian arwah Nazrin mengundang pilu insan-insan yang mengenali nya yang disifatkan mereka sebagai seorang yang sangat baik dan disenangi ramai.

Al-Fatihah Buat Kawan Nazrin Sanji Yang Telah Pergi Buat Selamanya.Sedekahkan Al-Fatihah Buat Arwah.Semoga Arwah Ditempatkan Dikalangan Orang² Yang Beriman.Amin..Ramai Kawan Satu Sekolah Yang Pergi Diusia Muda😢 1993-2019 -Muhammad Nazrin

Tenang la kau dsana sahabat Nazrin Sanji… smoga sgala urusan bawa pulang jenazah mu terbang ke negeri sembilan d permudahkan.. amin2..
Al Fatihah.. 😢😢-Kodil Nin

Semoga isteri arwah anak cepat sembuh dan roh nya tenang disana, tiada lagi suami disisi isteri dan ayah disisi anak. Al fatihah.