Tenang lah disana Doktor Arif Husaini 4gambar

Kuching : Tenang lah disana Doktor Arif Husaini 4gambar Apa yang berlaku amat pilu dia temui ajal bersendirian didalam kereta nya setelah gagal dihubungi.

Dimaklumkan Doktor Arif diperjalanan bertugas dilaporkan tidak sihat sebelum kejadian.

Utusan borneo melaporkan seorang doktor ditemukan meninggal dunia di dalam keretanya di tempat letak kereta Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Dr Arif Husaini Abdul Rahim dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 4 petang dan disahkan meninggal dunia selepas diperiksa oleh pihak hospital.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Arif., berasal dari Selangor, merupakan Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan yang sudah bertugas selama lima tahun di HUS.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihii wa’fu’anhu

:: Tenanglah di sana Dr.Arif 
:: Kenal masa ktk masih jadi H.O d medical 3 gk..
:: Takziah utk keluarga nya & Al-Fatihah..
:: Berkhidmat hingga hujung nyawa…

Inna lillah wa inna ilaihi rojiun…

Beliau adalah doktor yang berdedikasi dan baik.
Merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik.
Bertugas di Jabatan Kecemasan, Hospital Umum Sarawak.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Terima kasih Doktor Arif Husaini.
Semoga Allah membalas segala budi dan jasamu bagi kami warga Bumi Kenyalang.
Sesungguh Allah amat menyayangi akan dirimu…
Al-Fatihah.

Rata-rata insan-insan yang mengenali arwah dan rakan-rakan setugas amat terkejut dan sedih apa yang berlaku arwah adalah insan yang sangat baik dan amat berdedikasi dalam menjalankan tugas-tugas nya.

Tenang lah disana Doktor Arif Husaini 4gambar

Difahamkan, mangsa sepatutnya bertugas pada syif petang semalam namun tidak hadir ke hospital seperti biasa, manakala cubaan untuk menghubunginya turut gagal.

Usaha mencari membawa kepada penemuannya di dalam kereta yang diletak di kawasan parkir.

Difahamkan, mangsa pernah mengadu tidak berapa sihat sehari sebelum ditemukan mati.

Jenazah mangsa diterbangkan ke Selangor pada pukul 7 pagi tadi selepas proses bedah siasat selesai dijalankan pada malam Selasa.

Semoga keluarga Dr Arif tabah dengan apa yang berlaku sudah ajalnya sebegitu dia moga roh nya tenang disana. Al fatihah.