Tangisan sikecil mengiringi permergian papa nya Opie Panji .. berakhir lah penderitaan Opie (6Gambar)

Kuantan : Isterinya arwah Opie Panji Suhailiza Ahmad, 42, berkata beliau sayu melihat keadaan bayinya itu yang seakan mengerti dan meratapi pemergian bapanya.

Fatimah Sharsha, anak bongsu Allahyarham Opie yang juga bekas vokalis kumpulan rock Panji yang meninggal dunia awal pagi hari ini, tidak henti menangis, seolah-olah mengerti dia sudah kehilangan bapa buat selamanya.

Opie atau nama sebenarnya Mohd Rafi Ibrahim, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, pada 4.10 pagi.

“Dia tak berhenti menangis seperti faham bapanya sudah tiada,” katanya ketika ditemui selepas solat jenazah Allahyarham Opie di Masjid Felda Jerangau, Dungun.

Jenazah Opie dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Jerangau pada 2.15 petang.

Suhailiza berkata, suaminya dimasukkan ke wad HTAA pada 4 Ogos lalu selepas mengadu sakit perut dan kesan penyakitnya itu dia kelihatan semakin kritikal.

“Pada 2.30 pagi tadi, Opie meracau sebelum mengadu tidak tahan sakit di bahagian perutnya.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya menggosoknya sambil meminta dia tidak putus-putus mengucap,” katanya.
Katanya, pada 4 pagi, suaminya itu semakin kritikal dan tidak lagi berkata-kata, sebelum disahkan meninggal dunia 10 minit kemudian.

Suhailiza berkahwin dengan Opie pada 2006 dan ketika itu sudah memiliki tiga anak yang kini berusia 16 hingga 23 tahun dan hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan tiga cahaya mata berusia 11 bulan hingga sembilan tahun.

Beliau yang sebelum ini tinggal di Kuantan, bercadang untuk pulang menetap di Terengganu sama ada di kampung halamannya di Marang atau Felda Jerangau.

“Saya akan pulang ke rumah kami di Kuantan dulu kerana anak masih bersekolah. Selepas tamat musim persekolahan akhir tahun nanti saya akan bawa anak pulang ke Terengganu.

“Saya tidak bekerja dan kini buntu memikirkan masa depan serta tanggungjawab membesarkan anak selepas pemergian Allahyarham.

“Saya reda atas kehilangannya, cuma tidak tahu apa harus lakukan selepas ini untuk menyara keluarga,” katanya.Al fatihah.