Si kacak Dj Rafly sudah tiada .. Setelah menderita hingga kurus dia pergi jua akhiri siksa nya (8Gambar)

Kuantan : Setelah menderita diserang penyakit misteri Dj yang kacak dan ceria ini pergi jua, pergi dijemput ilahi setelah terlantar sakit hingga kurus.

Apa yang berlaku mengundang pilu rakan-rakan Dj Rafly Rahamat,32, ada diantara mereka tidak sangka setelah tersiksa dan menderita apa yang dihadapi nya dia pergi jua.

Mengikut rakan arwah yang dikenali dengan nama Mika Miqael, arwah dikatakan dikhianat sehinggakan menderita sedemikian rupa sedih bercampur marah apa diluahkan Mika dilaman sosialnya.

Penyampai Radio Hot FM dan pengacara, Mohamad Hafizie Roslan atau Fizie pula sedih apabila mengetahui rakan baiknya dan bekas rakan sekerja, juga bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan Manis FM, Rafly Rahamat dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.10 malam tadi.

Lebih membuat Fizie berasa sedih apabila berita pemergian Rafly diperoleh sewaktu dia dalam perjalanan pulang dari melawat arwah di rumah kedua orang tuanya di Felda Bukit Kuantan.

Fizie ketika dihubungi berkata, sewaktu menziarah Rafly, dia kelihatan sangat lemah.

“Bagaimanapun apabila saya bercakap dengannya ketika itu arwah masih lagi memberi maklum balas,” katanya.

Berkongsi mengenai punca kematian Rafly, kata Fizie temannya itu menderita penyakit misteri sejak bulan Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun jelas Fizie, penyakit dideritai Rafly bertambah teruk dan tidak menunjukkan sebarang perubahan Februari lalu.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di Felda Bukit Kuantan, Kuantan, sebelum Zohor, esok, semoga Roh Rafly tenang disana pergi mu dibulan mulia setelah puas mu menderita. Al fatihah.