Selfie akhir syukri pergi mu dihari jumaat 10gambar

Kuala Lumpur : Selfie akhir syukri pergi mu dihari jumaat 10gambar Seorang lelaki maut apabila proton persona yang dipandunya dirempuh sebuah kereta jenis Honda civic dalam kejadian pukul 4 pagi jumaat di lebuhraya mex.

Mangsa Muhammad Syukri Ramli maut ditempat kejadian akibat rempuh sebuah Honda Civic terbabit yang dipercayai dipandu melulu melawan arus ,pemandu Honda Civic pula berada dalam keadaan kritikal.

Mengikut sumber lagi Honda Civic terbabit dipandu oleh pemandu yang dibawah pengaruh alkohol dan ketika kejadian pemandu tersebut memandu dalam keadaan mabuk.

Di pagi Jumaat 1 Rejab yang mulia, mendapat perkhabaran duka dari mukabuku sahabat baik sewaktu berkhidmat di UIA dulu. Suami kepada sahabat saya telah dijemput Illahi di dalam kemalangan jalan raya pagi tadi. Besar sungguh ujian buat sahabat kesayanganku Feiyah Saiyyidati.

Moga Allah terus merahmati Bad n anak2 sekeluarga. Dengar suara bad tenang sangat kat fon tadi. Liza je yang dah meleleh2 air mata sambil bayangkan muka Bad. Love n hug always for u sayangku ❤️

Mohon kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat Arwahyarham Muhammad Syukri Bin Ramli. Semoga Arwah ditempatkan disisi kekasih2 Allah Ya Rahman Ya Rahim. Amin3 YRA- Nor Haliza

Apa yang berlaku mengudang pilu insan-insan yang mengenali arwah Ramli, paling tersetuh hati adalah rakan sepejabat nya yang sempat mengambil foto ” selfie ” dengan arwah rabu lalu tidak disangka oleh nya rakan nya itu akan dijemput ilahi pagi semalam 1 rejab dipagi jumaat yang mulia.

Arwah syukri meninggalkan seorang isteri dan 2 cahaya mata yang berumur 7 dan 4 tahun, anak sulung arwah yang berumur 7 tahun menghidap autism

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, akibat pemandu mabuk orang lain menjadi mangsa dan keluarga ini kehilangan suami atau ayah pada anak-anak kecil ini.

Semoga isteri mangsa Puan Fieyah tabah dengan dugaan ini dan semoga kematian suami nya mendapat pembelaan sewajar nya dari pihak berwajib. Al fatihah.