Selamat tinggal sayang .. Ajal Moon terkulai layu berlumur darah diperjalanan pulang bertugas (8Gambar)

Nibong Tebal : Sebak pilu melihat susuk tubuh terkulai layu berlumur darah dihadapan tempat duduk kereta yang dipandunya.

Munirah Abdullah, 30, atau lebih mesra dengan panggilan Moon dikalangan rakan setugas dijemput ajal apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan semasa diperjalanan pulang bertugas.

Apa yang berlaku mengudang pilu rakan-rakan arwah dan yang paling berduka adala suami arwah yang dikenali dengan nama Yus juga merupakan jurawat.

Kini tinggal lah diri nya tanpa isteri tersayang insan yang bersama nya hampir 4 tahun kini dijemput yang maha esa yang menyanyangi diri nya.

Akhbar melaporkan seorang jururawat terbunuh selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah trak tunda di Jalan Hutan Petai ekat Simpang Ampat, di sini petang tadi.

VIDEO PILU

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Munirah Abdullah, 30, yang bertugas di Hospital Bukit Mertajam (HBM) maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada dan muka.

Dia yang memandu kereta jenis Proton Persona dipercayai baharu pulang dari tempat kerja menuju ke rumahnya di Tasek Mutiara sebelum hilang kawalan dan merempuh trak tunda yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintenden Shafee Abdul Samad berkata, lokasi kejadian adalah jalan lurus dua hala dan lalu lintas tidak sibuk.

“Mangsa dipercayai gagal mengawal kereta dipandunya lalu terbabas ke laluan sebelah sebelum bertembung dengan trak tunda itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

” Mayat mangsa yang berasal dari Kubang Semang itu dihantar ke HBM untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, pihak polis memaohon saksi kejadian agar tampil membantu siasatan, semoga suami arwah tabah sebak melihat video kenangan dimuat naik oleh Yus mengenangkan arwah isteri nya memandangkan tak lama lagi syawal akan menjelma. Al fatihah.