Selamat tinggal sayang aj4l suami pulang kerja 8Gambar

Segamat : Selamat tinggal sayang aj4l suami pulang kerja 8Gambar Perjalanan pulang dari tempat kerja kerumah merupakan perjalanan terakhir buat kakitangan RHB Bank cawangan Bekok Sofyan Mustamin, 35, apabila dirinya terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya.

Dalam kemalangan itu kereta Proton Savy yang dipandu Sofyan dipercayai terbabas dan bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 6 Jalan Bekok-Chaah, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu.

Mangsa cedera parah akibat tersepit ditempat duduk pemandu didalam kereta Proton Savvy miliknya disahkan m4ut di tempat kejadian.

Ketua Polis daerah, Superintenden Raub Selamat berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa dari arah Bekok ke Bandar Segamat hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Ekoran itu kereta mangsa telah berlanggar dengan lori terbabit dan menyebabkan kenderaan itu diseret sehingga ke bahu jalan, mangsa didapati tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Raub menambah, permukaan jalan didapati basah ketika kejadian akibat faktor hujan renyai-renyai dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apa yang berlaku mengudang pilu insan-insan yang mengenali arwah Sofyan yang merupakan seorang yang sangat baik, dia meninggalkan isteri yang sedang mengandung dan 2 cahaya mata.

Semoga isterinya tabah suami pergi dijemput ilahi ketika diri nya keluar mencari rezeki buat keluarga semoga rohnya tenang disana. Al fatihah.