Selamat tinggal mama pergi dulu 6gambar

Sik : Selamat tinggal mama pergi dulu 6gambar Sebak pilu suasana ditempat kejadian apabila dua anak kecil menangis sambil menahan kesakitan apabila dia dan ibu nya telah terlibat dalam kemalangan tengahari semalam selepas ibu nya mengambil diri mereka dari sekolah yang berhampiran.

Dalam pada itu Harian Metro melaporkan seorang wanita maut manakala dua anaknya parah selepas kereta Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan lori di Kilometer 3, Jalan Felda Teloi Timur, Sik, hari ini.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mariani Razak, 35, dari Felda Durian, Jalan Teloi Timur, Kuala Ketil meninggal dunia akibat kecederaan dalaman manakala dua anaknya, Nur Zariff Syafiyya Mohd Zaiful Shahril, 6, cedera dalaman dan kaki manakala Nu Zariff Syauqina Mohd Zaiful Shahril, 4, cedera dalaman dan patah tulang kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Mariani dari Pekan Batu Lima, Sik gagal dikawal sebelum terbabas dan memasuki lorong bertentangan di tempat kejadian.

Beliau berkata, berikutan itu kereta terbabit bertembung lori dipandu Muhid Kassim, 45.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta itu parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu lori pula cedera dan luka di bahagian kaki, tangan serta badan manakala dua anak wanita itu dibawa ke Hospital Sik untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdull Razak berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sik untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Takziah buat abg bob Mohd Zaiful Shahrin dan family..smoga trus kuat dan tabah lalui dugaan seberat ni… Moga arwah isteri ditempatkan bersama org2 yg beriman.. Dan smga ank2 cpt sihat, pulih spt sedia kala -Rozaida Rodzi

Dalam pada itu suami arwah memaklumkan jenazah arwah isterinya Mariani dalam perjalanan pulang ke kampung halaman aruah di felda laka selatan changloon untuk disemadikan disana, sama-sama kita sedekahkan Al fatihah.