Selamat tinggal ibu anak pergi selamanya 6Gambar

Segamat : Selamat tinggal ibu anak pergi selamanya 6Gambar Jururawat di Hospital Segamat dan bayi lelakinya, maut selepas Perodua Alza dipandunya bertembung dengan lori di Jalan Utama Selancar berhampiran FELDA Selancar 6, Muadzam Shah, dekat Rompin, hari ini.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa Rahimah Jaffar, 34, dan anaknya, Muhammad Zamil Abdul Aris, 8 bulan, dari FELDA Selancar 1, Bandar 19, dekat Rompin disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Pewira Jaya, manakala seorang lagi anaknya, Firas, 5, dilaporkan kritikal.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor, berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu Rahimah yang dalam perjalanan dari simpang Selancar ke Perwira Jaya hilang kawalan dipercayai mengelak lubang dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori.

“Pemandu dan anaknya yang berusia lapan bulan yang duduk di bahagian penumpang hadapan dibawa ke Klinik Kesihatan Pewira Jaya dan disahkan meninggal dunia 10.20 pagi.

“Seorang lagi anaknya yang duduk di bahagian penumpang belakang dibawa ke Hospital Segamat dan sedang menerima rawatan lanjut manakala pemandu lori dirawat di Hospital Muadzam Shah kerana patah kaki,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Rahimah Jaffar, 34, yang maut dalam kemalangan di Jalan Utama Selancar, dekat Muadzam Shah, Rompin, hari ini selalu membantu rakan sekerja dan suka memasak untuk menjamu mereka apabila ada kelapangan.

Rakan sekerjanya di Hospital Segamat, Umi Kalsum Sudin, 34, berkata Allahyarham ada menceritakan hasratnya mahu menghabiskan cuti hujung minggu dan cuti sempena perayaan Krismas di kampungnya.

Selamat tinggal ibu anak pergi selamanya 6Gambar

“Malam tadi memang kami ada berbual mengenai rancangan Allahyarham untuk balik ke kampung di FELDA Selancar sempena cuti Krismas.

“Lagi pun Allahyarham baharu selesai bertugas bagi shif malam (malam tadi) dan memang sudah lama bercadang untuk balik menjenguk ahli keluarganya,” katanya ditemui di perkarangan Unit Forensik dan Patologi Hospital Muadzam Shah, Rompin, hari ini.

Umi Kalsum yang sudah mengenali Allahyarham kira-kira 10 tahun lalu mengakui sangat terkesan dengan kejadian menyayat hati menimpa sahabat baiknya kerana dia bukan sahaja suka membantu rakan, tetapi juga sering memasak atau membelanja rakan setiap kali ada majlis.

“Dia (Allahyarham) memang macam itu sejak dulu, sejak kami kenal begitulah sikap dia dengan kawan-kawan… mereka suami isteri memang suka membantu orang dan buat rumah terbuka,” katanya.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9.30 pagi, Rahimah dan bayinya Muhammad Zamil Abdul Aris, lapan bulan, maut manakala seorang lagi anaknya, Firas, 5, kritikal selepas Perodua Alza dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Utama Selancar berhampiran FELDA Selancar 6.

Mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Perwira Jaya, FELDA Selancar, malam ini. Al fatihah.