Sayunya Permergian Cikgu Ida Tercampak Dan Diseret Kereta Sendiri (6Gambar)

Sayunya Permergian Cikgu Ida Tercampak Dan Diseret Kereta Sendiri (6Gambar) | Kajang : Seorang guru wanita SMK Cheras Cheras Perdana maut apabila kereta perodua Myvi yang dipandunya telah terlibat dalam kemalangan tengahari tadi dalam kemalangan di Jalan Saujana Impian, Kajang, hari ini.

Mangsa Cikgu Norinda Che Ibrahim,34, maut akibat diseret keretanya sendiri selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandunya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisoner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kemalangan itu pada jam 12.30 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa, 30-an, dikatakan memandu Perodua Myvi keluar dari susur kiri sebuah stesen minyak sebelum mengubah laluan ke lorong kanan, namun dilanggar sebuah lori yang berada di laluan kanan dari arah belakang.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa dipercayai tertekan pedal minyak lalu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan. Kereta berkenaan kemudian dikatakan berpusing beberapa kali sebelum mangsa tercampak keluar melalui tingkap bahagian pemandu.

“Ketika itu, kereta terbabit masih bergerak mengakibatkan mangsa yang tercampak diseret oleh kenderaan itu sejauh kira-kira 10 meter sebelum berhenti,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan jenazah sudah dituntut oleh waris untuk urusan pengebumian di Kajang, hari ini.

“Anggota polis trafik mengambil masa lebih satu jam untuk mengawal keadaan lalu lintas di lokasi kejadian dengan dibantu anggota bomba,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, apa yang berlaku mengudang pilu arwah merupakan seorang guru yang sangat disenangi guru-guru serta murid-murid bertugas disesi petang sekolah tersebut.

Mangsa yang berasal dari Kota Bharu Kelantan mempunyai seorang suami dan 3 cahayamata, seorang guru yang tidak pernah lokek dengan senyuman apabila berjumpa orang persekitarannya, semoga keluarga arwah tabah. Al fatihah.

Sumber : Coretanmedia.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *