Sampainya Hati Kau Faez, Tenanglah Disana Anak Syurga (8Gambar)

Sampainya Hati Kau Faez Tenanglah Disana Anak Syurga (8Gambar) | Subang Jaya : Apa yang berlaku amat menyedihkan dan amat tragis, seorang bapa yang kelihatan amat penyayang sanggup bertindak demikian terhadap anak tersayang.

Bapa mangsa yang dikenali dengan nama Faez dilaman sosial kelihatan seorang insan yang sangat penyayang pada anak nya apabila selalu dilihat bergambar bersama anak nya itu tidak disangka perkara sedemikian boleh berlaku.

BH melaporkan seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas ditetak di kepala dan tangan dengan parang oleh bapanya sendiri di sebuah rumah di Flat Puchong Permai di sini, kira-kira jam 5.40 petang Isnin.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan tidur di ruang tamu rumah mereka yang terletak di tingkat 4 flat berkenaan sebelum suspek yang berusia 35 menetaknya tiga kali dengan parang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata kejadian itu disedari seorang penduduk yang menyangkakan kanak-kanak itu jatuh dari tingkat 4 flat berkenaan sebelum melaporkannya kepada polis, kira-kira jam 5.45 petang.

“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya di luar pintu rumah dan dia mengurung diri di dalam.

“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya adalah mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek mengaku membunuh mangsa selepas mendakwa mendengar suara menyuruhnya berbuat demikian.

“Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).

“Suspek sudah pun ditahan dan kita turut menemui parang yang digunakan dalam kejadian itu. Kes dianggap selesai,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Al fatihah buat anak syurga.

Sumber : Coretanmedia.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *