Sampai hati mereka buat anak mak 8Gambar

Kuantan : Sampai hati mereka buat anak mak 8Gambar Permergian tragis Hery anak bongsu kepada Mek Wok Idris,73, amat terkesan untuk warga emas ini,M Suhairi A Wahab, 35,atau lebih mesra dengan panggilan Pak Su Hery dikalangan anak saudara nya merupakan seorang anak yang baik.

Walau pun dia tinggal dirumah sewa namun setiap hari minggu Pak su akan luangkan masa untuk melawat ibunya itu yang sudah berusia itu dia akan meluangkan masa bersama ibu nya di kampung.

Tidak disangka oleh warga emas ini anak nya meninggal dunia dalam keadaan yang menyayat hati, mengikut pihak berkuasa terdapat unsur jenayah dalam kes kematian seorang kerani Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dijumpai meninggal dengan muka ditutup bantal dalam rumah terbakar di Lorong Pandan Indah 1/3, Perumahan Pandan Indah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa, M Suhairi A Wahab, 35, mendapati terdapat beberapa kecederaan pada badan mangsa yang dipercayai dipukul dengan objek keras.

“Hasil laporan itu, kita dapati terdapat kesan terbakar pada bahagian badan sebelah kiri, kesan luka di belakang, kepala, hidung, pipi dan leher.

“Setakat ini pihak kita masih menyiasat motif kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya terima panggilan telefon daripada pihak bomba memaklumkan ada menjumpai mayat di dalam bilik rumah itu, kira-kira 11.09 malam tadi.

“Mayat terbabit telah tertimbus di bawah timbunan kain di atas tilam yang terbakar,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Noor berkata, pihaknya telah menangkap rakan serumahnya yang berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.

Jelasnya, penahanan lelaki yang berasal dari Sungai Karang Darat itu dibuat kira-kira 4 petang tadi.

“Permohonan reman telah dibuat dan dibenarkan selama enam hari sehingga khamis ini,” katanya.

Kes akan disiasat Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan ditutupi bantal selepas kebakaran dipadamkan.

Katanya, bomba menerima panggilan mengenai kebakaran rumah teres tiga bilik itu pada kira-kira jam 11.12 malam.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata beliau menyedari berlakunya kebakaran itu apabila melihat asap keluar daripada rumah tersebut sekitar pukul 10.30 malam.

“Kami hanya mengetahui mangsa yang masih bujang menyewa rumah itu bersama seorang rakan sejak tiga tahun lalu tetapi rakannya tidak berada di rumah semasa kebakaran,” katanya.

Semoga emak arwah tabah dengan apa yang berlaku tiada lagi anak bongsu tersayang yang selalu melawat nya setiap hari minggu. Al fatihah