Ruzaimi hembus nafas terakhir petang tadi 8gambar

Subang : Ruzaimi hembus nafas terakhir petang tadi 8gambar Mangsa rempuhan pesawat peribadi yang dikenali sebagai Ruzaimi Iskandar menghembus nafas terakhir petang ini setelah 39jam di rawat di hospital Ara Damansara Medical Centre Subang.

Mengikut rakan baik mangsa Mohd Farhan Kamaruzzaman yang mengemaskini dari masa kesemasa melalui laman sosialnya keadaan Ruzaimi dari lepas kemalangan sehingga lah dia menghembuskan nafas terakhir petang ini.

Apa yang berlaku pada arwah sungguh memilukan arwah parah dikepala ekoran kemalangan yang menimpanya, Ruzaimi meghembus nafas terakhir disisi isterinya Nor Azawiah Yusuf dia meninggalkan 4 orang cahaya mata.

Dalam pada itu Harian Metro melaporkan Juruteknik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang parah dalam insiden di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, awal pagi semalam, masih kritikal.

MAHB dalam kenyataannya berkata, lelaki berkenaan sudah menjalani pembedahan di hospital swasta semalam, dan masih di bawah pengawasan rapi pegawai perubatan.

“Kakitangan yang terbabit dalam kemalangan itu dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan.

“Dia berada di bawah pengawasan rapi pasukan perubatan dan kami turut memastikannya mendapat rawatan terbaik di hospital berkenaan.

“Keutamaan kami sekarang adalah untuk memberikan sokongan kepada dia dan ahli keluarganya.

Dalam perkembangan sama, MAHB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi melengkapkan siasatan insiden itu.

“Kami bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan berhubung kejadian ini.

“Dalam menjaga semua pihak, terutama ahli keluarga yang sedang menghadapi situasi seperti sekarang, kami berharap tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian,” katanya.

Harian Metro melaporkan, seorang juruteknik MAHB parah pada kepala selepas kenderaan dinaiki dilanggar sebuah pesawat peribadi ketika mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian 3.20 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai berada dalam Perodua Kembara milik syarikat berkenaan untuk memantau kerja penyelenggaraan di landasan.

Kejadian itu menyebabkan bahagian bumbung Perodua Kembara terbabit tercabut selepas terkena sayap pesawat berkenaan.

Semoga insan-insan yang mengenali arwah serta keluarga tabah jenazah arwah akan dikebumikan di Batu Gajah esok bersebelahan kubur arwah abang kandung arwah. Al fatihah.