Rehatlah sayang Aimi pasti rindui abang 8Gambar

Bayan Lepas : Rehatlah sayang Aimi pasti rindui abang 8Gambar Perjalanan seorang lelaki untuk keluar berkerja dengan menunggang motosikal berakhir tragedi.

Dia m4ut motosikal yang ditunggang nya merempuh sebuah SUV jenis Mazda CX-5 yang membelok secara mengejut di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas kira-kira pukul 8.15 pagi semalam .

Mangsa, Muhammad Faiz Romli, 26, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala impak tercampak semasa pelanggar tersebut.

Apa yang berlaku mengudang pilu isteri dan juga insan-insan yang mengenali mangsa, arwah Faiz baru setahun melangsungkan perkahwianan dengan pasangan nya Aimi.

Sayu luahan isteri nya Aimi mewawarkan yang suami nya telah tiada segala apa urusan yang berkaitan arwah Faiz boleh menghubunginya.

Salam. Suami saya, Muhammad Faiz Romli sudah kembali kepada PenciptaNya pagi tadi (8 pagi 7/11/18). Mohon doa dari rakan-rakan doakan supaya roh arwah sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Andai arwah ada salah dan silap, saya dan keluarga memohon ampun bagi pihaknya.

Andai arwah ada terhutang/berhutang apa2 dengan sesiapa. Mohon beritahu saya dan family.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi abang. Terima kasih Allah untuk pinjaman ini walau sementara. Aimi sentiasa sayang dan rindu abang. Al fatihah.

Aimi sayang abang.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggangi mangsa melanggar bahagian tepi kiri SUV jenis Mazda CX-5 itu yang membelok ke kiri sebelum mangsa tercampak ke depan.

“Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan datang dari arah yang sama iaitu dari Bayan Lepas menuju ke Batu Maung.

“Pemandu SUV yang juga seorang pengurus sebuah syarikat berusia 46 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Anbalagan berkata, hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) juga mengesahkan bahawa punca kematian mangsa ialah akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga Aimi tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan suami nya dipergi dijemput ilahi diperjalanan menunaikan tanggungjawab nya mencari rezeki buat keluarga semoga roh Faiz dicucuri rahmat bersama insan-insan yang diredhai yang maha esa.Al fatihah.