Rehat lah sayang aj4l motosikal d1rempuh 8Gambar

Temerloh :Rehat lah sayang aj4l motosikal d1rempuh 8Gambar Sebak pilu apa yang berlaku apabila isteri tersayang dijemput ilahi gara-gara pacuan empat roda hilang kawalan rempuh motosikal yang ditunggang isteri.

Tidak diduga oleh Mohamad Sulaiman suami kepada arwah Fatimah Suhaila Badaruddin, 40, yang mana isteri nya dijemput ilahi motosikal ditunggang terlibat kemalangan.

Isteri nya baru meraikan harjadi nya september lalu tidak disangka itu lah detik terakhir mereka berdua.

Motosikal Honda RS yang dihadiah suami pada march lalu buat isteri yang ditunggang isteri ketika dijemput ilahi.

Dalam pada itu Sinar Harian melaporkan seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah pacuan empat roda di Kilometer 126.6 Lebuh Raya Pantai Timur menghala ke Kuantan di sini, hari ini.

Mangsa Fatimah Suhaila Badaruddin, 40, dari Kampung Baru Bintang, Temerloh yang menunggang motosikal jenis Honda meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun bersama dua penumpang dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang motosikal mangsa sebaik tiba di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati pacuan empat roda yang datang dari arah Kuala Lumpur itu berada di lorong kiri dan terbabas ke bahu jalan.

“Kenderaan itu gagal dikawal dan melanggar belakang motosikal yang berada di lorong kecemasan menyebabkan mangsa terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

“Pemandu pacuan empat roda itu mengalami luka di bahagian kepala dan akan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Semoga suami ini tabah dengan apa yang berlaku amat berat untuk dia menerima semua ini namun yang maha esa lebih sayangkan isteri nya semoga roh isterinya tenang disana bersama insan-insan yang diredhai yang maha esa.Al fatihah.