Rehat lah dengan tenang sayang 6gambar

Kota Bharu : Rehat lah dengan tenang sayang 6gambar Sebak dan pilu apa yang berlaku “Allah lebih menyayanginya, saya reda” kata Hazwani Hanafi, 27, tunang kepada Muhammad Afifi Amiri Mohamad Nawawi, 28, yang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Batu 4, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu, Muhammad Afifi Amiri dari Tendong, Pasir Mas meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggangi dipercayai merempuh jentera bomba.

Hazwani berkata, ketika hari kejadian, dia sempat menghantar gambar ruang tamu yang akan dijadikan sebagai pelamin pada majlis persandingan pada 22 Mac ini kepada arwah, namun ia tidak dibalas.

Menurutnya, selepas itu, dia mengemas sekitar rumahnya sebelum dimaklumkan berhubung kemalangan itu oleh rakannya.

Pada mulanya, Hazwani berkata, dia menyangka, rakan bergurau mengenai kejadian yang menimpa tunangnya itu, sebelum beberapa rakan lain turut bertanya perkara sama.

“Tidak lama selepas itu keluarga memaklumkan arwah sudah tiada dan saya terus pengsan kerana terlalu terkejut.

“Saya sama sekali tidak menyangka dalam keadaan hanya berbaki 10 hari lagi untuk diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri, arwah meninggalkan saya buat selama-lamanya.

“Hanya tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu, namun saya reda,” katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Parang Puting, Kota Bahru, hari ini.

Menurutnya, segala persiapan termasuk hantaran dan pakaian pengantin untuk majlis perkahwinan pada 22 dan 30 Mac ini sudah siap sepenuhnya.

“Kad kahwin pun sudah diedarkan kepada jemputan. Namun Allah lebih sayangkannya sebelum kami sempat bergelar pasangan suami isteri.

“Insya-Allah, pada 22 Mac ini, kami sepakat gantikan kenduri perkahwinan itu dengan majlis tahlil untuk arwah,” katanya.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah pada minggu lalu untuk membeli hantaran sempena majlis perkahwinan nanti.

Harian Metro melaporkan ketika kejadian bakal pengantin yang menunggang motosikal Yamaha LC dalam perjalanan dari arah Kubang Kerian ke Pasir Mas.

Bagaimanapun apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakan merempuh sisi hadapan jentera bomba yang dalam perjalanan memadamkan kebakaran di Ketereh.

Akibat pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan maut di tempat kejadian. Al fatihah.