Rehat lah dengan tenang anak mama 6Gambar

Kuala Lumpur : Rehat lah dengan tenang anak mama 6Gambar Aiman seorang anak yang baik dan amat rapat serta manja dengan keluarga terutama maman nya dia merupakan penuntut Sarjana Muda Pendidikan (Sukan&Rekreasi) Fakulti Pendidikan di UKM.

Namun dia telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia dalam nahas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala ke pusat bandar, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.02 malam itu, Aiman Hafizi Sharifuddin, 20, disahkan maut akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berada di lorong tengah laluan telah mengubah haluan ke lorong kanan menuju ke Terowong Smart sebelum cuba mengubah semula laluan ke lorong tengah.

“Semasa ingin masuk ke lorong tengah, mangsa telah terlanggar pembahagi jalan dan menyebabkannya terjatuh.

“Sebuah teksi yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun yang berada di belakang mangsa bagaimanapun gagal mengelak dan telah melanggar mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan.

Katanya, mangsa yang berasal Sungkai, Perak ini disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Permergian Aiman mengudang pilu keluarga terutama ibu nya yang setiasa rapat dengan arwah,mengikut insan-insan yang mengenalinya juga Aiman seorang insan yang sangat baik merupakan Kadet Junior KOR SUKSIS dan amat aktif dalam bola tampar.

Assalamualaikum semua

Sedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat kita, Aiman Hafizi bin Sharifuddin (SUKRES Tahun 1) yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di HUKM, Cheras sebentar tadi. Arwah terlibat didalam kemalangan jalan raya.

Semoga arwah tenang disana.

Salam takziah kepada keluarga arwah.Al-fatihah -UKMpride

Permergian mengejut nya amat mengejutkan semua namun yang maha esa lebih sayangkan nya jenazah telah dibawa pulang kekampung halaman nya dan disemadikan di tanah perkuburan islam Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak semalam. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Alfatihah.