Rehat lah dengan tenang along lepas puas mu derita .. Anak mu menanti mu disana – Bapa (8Gambar)

Banting : Jenazah pesakit para tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi selamat disemadikan jam 10 pagi di Tanah Perkuburan Bt 6 Banting.

Pada pukul 12.30 malam tadi  Jenazah  di mandi kan di surau bersebelahan hospital Kuala lumpur dan terus dibawa kerumah opah Nurliyana di Banting.

Jenazah sampai kira-kira jam 2.00 dan pagi ini jenazah berada dikediaman opah arwah diNo 39, Lorong Merpati 3,Taman Setia Jaya Banting untuk diziarahi oleh saudara mara dan kenalan arwah.

Selepas itu Jenazah akan di sembahyang kan di Masjid At Taqwa Banting jam 9.00 pagi dan seterusnya di kebumi kan di Tanah Perkuburan Jalan Batu 6.

Permergian arwah mengudang pilu keluarga terutama suami serta ayah nya, mengikut ayah nya anak sulung nya itu seorang yang sangat kuat dan tabah dengan penderitaan yang ditanggungnya.

Hanya melalui tulisan diluahkan Liyana betapa siksa diri nya menahan sakit semasa terlantar dan menerima rawatan yang membuatkan sesiapa nya membaca nya menitis air mata.

Mengikut bapa nya lagi arwah anak nya pernah melahirkan anak namun anak nya bersama suami tersayang hanya hidup selama 24 hari sahaja, yang maha esa lebih sayangkan anak pasangan itu.

Perkara terbabit disahkan oleh bapanya Muhammad Radzi, 55, yang memaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur, kira-kira jam 8.30 malam.

“Difahamkan tekanan darahnya menurun sebelum menghembus nafas terakhir.

“Kami masih menunggu proses bagi menuntut jenazah bagi urusan pengebumian dan selepas semuanya selesai mayat akan di bawa pulang ke rumah saya di Banting, Selangor,” katanya ketika dihubungi.

Pada 13 April lalu, Liyana menjalani pembedahan bagi membuang kelenjar para tiriod di bahagian lehernya.

Selepas pembedahan itu Liyana terpaksa di bedah sekali pada Selasa lalu bagi membuat saluran pernafasan selepas dilaporkan mengalami masalah pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida di dalam badannya tinggi.

Semoga suami serta ayah, opah dan ahli keluarga yang lain tabah berakhir sudah penderitaan arwah semoga roh liyana tenang disana anak syurga nya menanti disana. Al fatihah.