Pilunya kehilangan si comel ini kini terungkai 2gambar

Langkawi : Pilunya kehilangan si comel ini kini terungkai 2gambar Sebak pilu apa yang berlaku pada sikecil ini dia baru berusia 3 tahun masih tidak megenal apa-apa kehilangan nya bersama pengasuh menjadi misteri sehinggalah dia telah disahkan meninggal dunia.

Harian Metro melaporkan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah, hujung bulan lalu, dipercayai sudah meninggal dunia, sejak dua minggu lalu.

Rahsia itu terbongkar selepas soal siasat terhadap seorang lelaki yang menjaga kanak-kanak terbabit sejurus dia ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.

Sumber berkata, lelaki berkenaan melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian bersama isteri dan anaknya.

“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.

“Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan berkata, tangkapan dilakukan pasukan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Langkawi dengan bantuan anggota dari IPD Ampang.

“Suspek sudah dibawa ke Langkawi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum ini kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu dipercayai hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak itu, Nur Aisyah Aleya Abdullah, jam 12.08 malam semalam.

Katanya, ibu kanak-kanak itu seorang warga Indonesia berusia 31 tahun memaklumkan anak perempuannya yang dijaga teman lelaki.

“Ibu kanak-kanak itu ada bertanyakan kepada lelaki terbabit (suspek) di mana anaknya berada, namun dimaklumkan sudah diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.

“Berikutan itu, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, hasil siasatan awal mendapati, wanita itu mengenali suspek berusia 37 tahun yang sering ke tempat kerjanya di Pulau Pinang awal November lalu sebelum mereka bercinta.

Namun, katanya, akhir bulan sama, wanita itu ke Langkawi dan tinggal bersama suspek dan isterinya di sebuah rumah di Kuarters Hospital Langkawi.

“Bagaimanapun, awal Januari tahun ini, isteri suspek yang bekerja sebagai jururawat di hospital itu mengesan hubungan antara suaminya dengan wanita berkenaan.

“Selepas rahsia mereka terbongkar, wanita itu kemudian dihantar ke tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, Padang Matsirat namun anaknya tidak diserahkan kepadanya, “katanya.

Mohd Iqbal berkata, akhir bulan lalu, wanita terbabit pergi ke rumah suspek dan mendapati anaknya tiada sebaliknya dimaklumkan anaknya sudah diserahkan kepada pihak lain yang tidak dikenali.

Beliau berkata, pemeriksaan di rumah dan tempat kerja isteri suspek sudah dibuat namun pasangan suami isteri terbabit tiada.

“Setakat ini kita sedang mengesan suspek dan isterinya yang dipercayai terbabit di dalam kes ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 48 (2) Akta Kanak-Kanak,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pihaknya sedang mengesan suspek, Ramlan Abdul Rashid, 37, yang beralamat di E-3-4,Apartment G, Kuarters Hospital Langkawi, 07000 Langkawi dan isterinya, Wan Roslinda Wan Jusoh, 40, yang menetap di alamat sama untuk membantu siasatan.

Semalam suami isteri yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang hilang minggu lalu ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan di Ampang, Selangor pada 4 petang.

Menurutnya, polis akan membawa mereka pulang ke Langkawi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun kanak-kanak terbabit tidak berada bersama mereka dan kami masih menyiasat mengikut kes berkenaan mengikut Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang daripada jagaan pengasuhnya di Kuaters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya menerima maklumat pada 12.08 malam kelmarin daripada ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 31 tahun membuat laporan mengatakan anaknya yang dijaga teman lelakinya hilang.Al fatihah.