Pilu nya mu pergi adik addrie 5gambar

Tawau : Pilu nya mu pergi adik addrie 5gambar Tenang lah disana anak syurga Addrie anak yang baik merupakan anak sulung dari 5 adik beradik tidak disangka dia dijemput ilahi didepan sekolah nya denga tragis.

Dalam pada itu Harian Metro melaporkan murid lelaki Tahun Dua maut dilanggar van di hadapan sekolahnya di Tawau, petang semalam.

Dalam kejadian 5.45 petang di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbahraya itu, mangsa, Muhammad Addrieyansya Adnan, 8, dikatakan sedang menunggu bas sekolah untuk pulang ke rumahnya di Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kemalangan membabitkan sebuah van persendirian ketika mengambil beberapa murid di hadapan sekolah berkenaan.

Katanya, ketika kejadian, van jenis Nissan Urvan dipandu lelaki berumur 37 tahun itu dikatakan mengundurkan kenderaannya sebelum terdengar bunyi dentuman ketika hendak bergerak ke arah hadapan.

“Susulan itu, mangsa terbaring di bahagian hadapan sebelah kiri van berkenaan dan dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya, hari ini.

Fadil berkata, siasatan awal mendapati van persendirian itu tidak mempunyai permit bas sekolah.

“Berikutan itu, pemandu van ditahan dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Adnan Abdullawi, 30-an, ketika ditemui berkata, mangsa adalah anak sulung daripada lima beradik serta abang yang periang serta penyayang.

Bagaimanapun katanya, seminggu sebelum kejadian, mangsa lebih banyak mendiamkan diri dan kurang bergurau dan bermain bersama adik-beradik lain.

“Ketika kejadian saya berada di tempat kerja dan terkejut apabila mendapat tahu Muhammad Addrieyansya terbabit dalam kemalangan. Hasil bedah siasat, anak saya mengalami kecederaan dalaman pada bahagian kepala,” katanya.

Alhamdulillah.. Arwah Muhammad Addrieyansya Bin Adnan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islamiyah Tawau. terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak guru2 sekolah Sk Muhibbah yg datang mberi sumbangan, pihak rakan2 bapa arwah dari kg Airport lama yg menyumbangkan tenaga tanpa sebarang balasan, kpda sanak saudara kami dikedua2 belah pihak dan juga rakan2 yg sudi dtg mziarah arwah sehingga ke tanah perkuburan tadi serta jiran tetangga semua.. kami amat berterima kasih kerana meringankan urusan arwah. kami sekeluarga redha dgn pemergian Arwah,semoga Arwah ditempatkan dikalangan anak2 soleh-Adrina Abdullawi

Adnan berkata, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islamiah Tawau, pagi tadi.Al fatihah.