Pilu nya diri mu pergi Akif 8Gambar

Georgetown : Pilu nya diri mu pergi Akif 8Gambar Perjalanan Akif Aiman ke Pulau Pinang untuk berjumpa sahabatnya bertukar tragedi apabila dia telah terlibat dalam kemalangan ngeri ketika diperjalanan itu.

Motosikal ditunggang Akif hilang kawalan masuk kelaluan bertentangan lalu bertembung dengan treler di Jalan Tetembok, Georgetown.

Dalam kejadian 6.42 pagi itu, mangsa Mohammad Akif Aiman Abdul Malek, 20 berasal dari Kupang, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, siasatan awal mendapati motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Pilu nya diri mu pergi Akif 8Gambar

“Ketika itu sebuah treler membawa muatan pembinaan dalam perjalanan dari Lumut, Perak menuju ke Air Itam.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya yang masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan treler,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan polis juga sudah menghubungi waris mangsa.

“Kita juga sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti punca sebenar kemalangan itu berlaku.

“Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk hampir tiga jam di kedua-dua laluan kerana ia berlaku ketika orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja.

Selain itu, laluan terbabit adalah terowong dan ia sebenarnya tidak boleh dilalui motosikal.

Permergian Akif mengundang pilu keluarga dan insan-insan yang mengenali nya :

Terima kasih banyak2 kepada sahabat2.. saudara mara yg bnyk sedekahkn Al-fatihah buat adik saya mohammad akif aiman.. – Abang

Hanya tingal kenangan….satu tempt kje….aku dengn ko asal jmpe ashik bergaduh gurau sende akhir kau dah tingal kn kami semue….aku ashik sebut nme kau je….salam takziah buat sahabat akiff aiman Al fatihah. – ida