Pilu mu pergi Chef j4sad berkecai dig1lis 8gambar

Gombak : Pilu mu pergi Chef j4sad berkecai dig1lis 8gambar Apa yang berlaku amat tragis mangsa merupakan seorang tukang masak yang amat disenangi rakan-rakannya.

Pernah berkerja dibanyak hotel-hotel antara nya Guoman Hotel Port Dickson, sebak pilu ucapan rakan-rakan arwah yang terkejut dengan apa yang menimpa arwah hari ini.

Kau Pergi Jua Sahabat.
Pergi Dalam Keadaan Yg Tidak Dijangkakan,Meninggalkan Anak & Isteri Yg Masih Memerlukanmu.
Moga Kau Tenang Disana Sahabat..
Akan Aku Simpan Segala Kenangan Manis Bersama Kau Sepanjang Kita Kerja Bersama Di Guoman Hotel Port Dickson Dulu..

Al Fatihah & Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga Arwah Basori Nayan.. -Lenny Marliena Ramlan

Dalam pada itu akhbar Kosmo Online melaporkan seorang tukang masak maut selepas digilis beberapa buah kenderaan dalam satu kemalangan di Kilometer 441.9 Lebuh Raya Utara Selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian sekitar pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Basori Nanyan, 41, sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 miliknya sendirian dari arah Utara menghala ke Selatan.

“Setibanya di lokasi, motosikal ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di tengah lebuh raya.

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di RHR Hospitality telah tercampak ke laluan bersebelahan sebelum digilis beberapa buah kenderaan yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Samsor, susulan kemalangan tersebut, siasatan yang dilakukan pihaknya telah menemui kesan cebisan mayat sepanjang kira-kira 50 meter di atas lebuh raya.

“Motosikal mangsa kemudian dijumpai di laluan kecemasan arah Selatan dipercayai telah dialihkan selain terdapat kerosakan pada bahagian hadapan dan kiri.

“Usaha mengesan saksi bebas sedang dijalankan dan pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat atau mengetahui kejadian untuk tampil membantu siasatan,” ujar beliau.

Jelas beliau, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,Semoga insan-insan yang mengenali arwah dan keluarganya tabah.Al fatihah.