Pemandu m4buk ragut ny4wa Aiman 8Gambar

Jerantut : Pemandu m4buk ragut ny4wa Aiman 8Gambar Seorang pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM minggu depan maut apabila motosikal yang ditunggang bersama sepupunya telah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Persona yang dipandu oleh seseorang lelaki yang dipercayai mabuk.

Motosikal yang ditunggang Mohd Aiman Ngatimin,17, dan juga sepupu nya dirempuh pemandu kereta dalam kejadian di Kilometer 27 Jalan Temerloh-Jerantut, dekat Kampung Datuk Shariff Ahmad, Kuala Krau, Temerloh semalam.

Dalam kejadian 2.50 pagi Aiman yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau maut di tempat kejadian selepas dilanggar dari belakang.

Apa yang berlaku mengudang pilu memandangkan lagi seminggu Aiman akan menduduki peperiksaan yang akan bermula 13 november ini, mengikut laporan awal lelaki tersebut bukan penduduk situ datang ke situ untuk menyambut perayaan dia telah mabuk disebuah kedai lagi sebelum memandu kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pemandu kereta terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Beliau berkata, pemandu terbabit juga turut melanggar dua penunggang motosikal lain menyebabkan dua mangsa itu patah kaki kanan selain luka di beberapa bahagian badan.

“Kita boleh sahkan pemandu terbabit yang juga anggota tentera memandu di bawah pengaruh alkohol sebelum merempuh tiga motosikal di hadapannya menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia.

“Ketika kejadian jalan gelap dan jalan mempunyai lorong satu hala ke Jerantut dan satu hala lagi ke Temerloh,” katanya dalam satu kenyataan media di Temerloh, hari ini.

Katanya, mayat Aiman dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk tindakan lanjut.

Manakala sepupunya juga kini dirawat di HOSHAS dan akan menjalani pembedahan impak kecederaan berpunca dari rempuhan kereta terbabit.

Beliau berkata, keterangan pemandu berusia 29 tahun itu sudah diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga keluarga Aiman tabah dengan apa yang berlaku dan sepupu nya cepat sembuh dan pesalah dihukum setimpal memandu dalam keadaan mabuk. Al fatihah