Pelukan akhir buat sikecil selepas aj4l diparit 6Gambar

Bachok : Pelukan akhir buat sikecil selepas aj4l diparit 6Gambar Kegembiran sikecil sambil makan nasi disuap ibu rupa nya itu lah detik terakhir adik Nurhasnita Saupi,2, sebelum ditemui meninggal dunia didalam parit berhampiran rumah.

Baru dua mulut suapan nasi dari ibu buat adik hasnita dia keluar bermain berhampiran rumah tidak disangka dia ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh dalam parit berhampiran rumah nya di Kampung Limau Nipis, Melawi, di Bachok hari ini.

Dalam kejadian jam 4.30 petang tadi mangsa, adik Nurhasnita ditemui sejam selepas dilaporkan terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.57 petang dan menemui mangsa kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya, mayat kanak-kanak itu ditemui terapung oleh anggota bomba yang melakukan operasi pencarian. “Difahamkan mangsa bermain di kawasan air dan dipercayai terjatuh di dalam parit berhampiran rumahnya,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, apa yang berlaku mengudang pilu orang ramai yang berada di tempat kejadian apabila jasad sikecil ditemui kaku semasa dibawa naik dari parit.

Ini ucapan orang ramai yang turut bersimpati dengan ibu ini atas kehilangan anak bonsgu nya ” Salam Takziah Buat Jiran Sekampung Diatas Kematian Anak Bongsu Beliau Akibat Lemas Di Tali Air Berhampiran Rumah Beliau Petang Tadi,Kini Jenazah Dibawa Ke Hospital Untuk Bedah Siasat ” -Waliyul Amri Wali

Semoga ibu nya tabah tidak disangka tadi merupakan suapan nasi terakhir buat sikecil dari ibu sebelum dia pergi dijemput ilahi tiada lagi keletah sikecil disisi ibu.

Begitu pantas apa yang terjadi amat perit buat ibu ini untuk menerima apa yang berlaku namun sudah suratan takdir buat keluarga ini mereka kehilangan anak tersayang semoga roh sikecil tenang disana rehat lah wahai anak syurga.Al fatihah.