Pelajar tahfiz aj4l bersama bergesel lori 8Gambar

Kuala Nerang : Pelajar tahfiz aj4l bersama bergesel lori 8Gambar Mereka berdua rakan baik sama-sama berlajar di Madrasah Tahfiz Taufiqillah kedua-dua hafiz Quran dan bercadang sambung belajar bersama di Aceh.

Namun tidak disangka hasrat dan keinginan mereka dua tidak kesampaian apabila temui aj4l bersama motosikal bergesel lori.

Sayu luahan ayah pada seorang mangsa “Saya berhasrat untuk menghantar mereka berdua ke Acheh, Indonesia bagi mendalami ilmu agama Januari depan tapi harapan itu musnah apabila mereka pergi buat selama-lamanya selepas terbabit dalam kemalangan semalam,” kata Auzaid Ismail, 44.

Auzaid, bapa kepada Muhamad Azri Afiq Auzaid, 19, yang terbabit dalam kemalangan bersama rakan baiknya, Zulfadzli Zakaria, 22, selepas terjatuh dan menggelungsur di bawah laluan lori di Kilometer 16.8 Jalan Kuala Nerang, – Kuala Pai, Wang Tepus, Kuala Nerang, semalam.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Muhamad Azri Afiq meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakan baiknya, Zulfadzli pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) akibat kecederaan dalaman.

Auzaid yang juga Pengasas Madrasah Tahfiz Taufiqillah, Lembah Arang Wang Tepus, Jitra berkata, dia sedang melakukan proses mendapatkan visa untuk menghantar anak dan rakan baiknya itu ke Indonesia kerana mereka baru tamat pengajian dan berhasrat untuk melanjutkan bidang agama di sebuah pondok di sana.

Katanya, impian itu berkecai apabila mereka berdua sudah tiada lagi, namun dia reda dengan ketentuan Allah SWT.

“Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan untuk menghantar nasi dan barangan untuk adik arwah, Mardhatul Aina Adilla Auzaid, 17, di madrasah di Kuala Nerang.

“Mereka tak sempat sampai dan saya menerima panggilan yang mereka terbabit dalam kemalangan dan bergegas ke tempat kejadian sebelum dimaklumkan anak saya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Madrasah Tahfiz Taufiqillah, di Jitra, hari ini.

Sementara itu, adik mangsa, Mardhatul Aina Amila berkata, sebelum itu abangnya menghantar WhatsApp dan memberitahu dia akan datang untuk menghantar barangan kepadanya pada 11.30 pagi.

Katanya, dia membalas Whatsapp itu dan memberitahu ketika itu langit kelam dan hendak hujan sambil meminta abangnya datang menaiki van ke sana, namun selepas itu tiada balasan diterima.

“Tidak lama kemudian ibu menghubungi saya dan memberitahu abang terbabit dalam kemalangan dan maut di tempat kejadian sebelum ibu menjemput saya untuk ke HKN,” katanya.

Menurutnya, abang sulung dari empat beradik itu sempat memuat naik di WhatsApp Status pada 8.14 pagi seolah-olah dia tahu ajalnya hampir tiba.

“Dia tulis: Kalau esok awak kejut saya, tapi saya tak bangun, Itu maknanya saya tengah PENAT. Bila awak tengok telinga saya ada kapas, itu maknanya saya nak hilangkan ‘STRESS’ dan bila awak tengok hidung saya disumbat kapas, itu maknanya saya SELSEMA. Bila awak tengok badan saya dibaluti kain putih, itu maknanya saya KESEJUKAN dan kalau awak nampak muka saya ditutup, itu maknanya saya SILAU. Kalau awak nampak saya dimasukkan dalam kayu itu maknanya saya nak main NYOROK. Bila awak nampak saya dikambus dalam liang lahad, itu maknanya saya akan tinggalkan awak. Maafkan saya sebab saya tak mampu jadi sahabat yang terbaik untuk awak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa menaiki motosikal dari arah Wang Tepus, Jitra menghala ke Bukit Tembaga dan setibanya di selekoh, motosikal mereka dipercayai terjatuh dahulu menyebabkan menggelungsur memasuki laluan lori dan terkena tayar belakang kenderaan berat itu.

Beliau berkata, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia manakala pemandu lori berusia 30 tahun yang berasal dari Pendang itu tidak mengalami kecederaan dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik HKN untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.” katanya.

Semoga keluarga kedua-dua anak syurga ini tabah yang maha esa lebih sayangkan mereka. Al fatihah.