Pangku anak lesu dan kebiruan ke klinik 5gambar

Johor Bahru : Pangku anak lesu dan kebiruan ke klinik 5gambar Bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu ketika berada di rumah pengasuh di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, semalam.

Bapa mangsa, Muhd Hafez Mohamad, 32 berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja, dan sebaik dimaklumkan pengasuh kira-kira 2.30 petang yang anaknya, Harraz tidak sedarkan diri, dia bergegas ke rumah pengasuh dengan menunggang motosikal.

Menurutnya, sebaik tiba didapati anak lelakinya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri serta sudah kebiruan.

“Saya terus meletak anak di bahu kiri dan memecut motosikal ke Klinik Kesihatan Kampung Melayu Majidee, sejauh tiga kilometer (km), walaupun ketika itu terdetik di hati anak sudah meninggal dunia.

“Ketika di klinik, anak diberi bantuan kecemasan melalui teknik bantuan pernafasan (CPR), namun tiada respon diterima.

“Ketika badannya ditepuk pegawai perubatan, keluar sikit darah dari mulut arwah sebelum dimaklumkan ia berpunca akibat tersedak susu,” katanya ketika ditemui menuntut jenazah anaknya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, hari ini.

Muhd Hafez berkata, anaknya kemudian dibawa ke HSA menaiki ambulans dan melalui prosedur sama, namun diberikan jawapan sama,” kata jurutera di sebuah syarikat swasta di Tampoi itu.

Menurutnya, ketika itu dia seolah-olah tidak dapat menerima hakikat anaknya sudah tiada, sebelum meminta doktor yang merawat terus menyelamatkan anaknya.

“Namun selepas seketika saya sedar daripada terus memaksa doktor memberikan rawatan berulang kali lebih baik saya reda kerana dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, dia dan keluarga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) pada jam 5.23 petang semalam.

Muhd Hafez berkata, jenazah anaknya kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSA untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Rangin, Kuantan, Pahang hari ini untuk dikebumikan.

Beliau turut berharap pihak polis akan membuat siasatan secara adil dalam kes ini kerana percaya ada unsur kecuaian hingga mengakibatkan anaknya meninggal dunia.

“Saya bersama isteri menyimpan gambar kecederaan pada lutut hingga buku lali arwah iaitu kesan luka, cakar dan lebam yang dilihat pada 29 Mac lalu.

“Kami mahu keadilan untuk arwah dan mungkin sifat tolak ansur kami ketika itu menyebabkan kejadian seperti ini berlaku hingga anak meninggal dunia,” katanya.

pangku-anak-lesu-dan-kebiruan-ke-klinik-5gambar

pangku-anak-lesu-dan-kebiruan-ke-klinik-5gambar

Polis mengklasifikasikan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan di rumah pengasuhnya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru semalam, sebagai mendatangkan kematian secara cuai.

Ketua Polis Daerah JBS, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan atas.

Menurutnya, laporan bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik HSA mengesahkan punca kematian adalah tersedak susu atau ‘aspiration pneumonia’.

“Doktor memaklumkan ia berpunca daripada mangsa tersedak susu. Keadaan itu menyebabkan susu masuk ke dalam paru-paru, mengakibatkan saluran kiri dan kanan paru-paru tersumbat.

“Keadaan itu mengakibatkan kekurangan oksigen dan menyebabkan kematian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahurinain berkata, siasatan mendapati pengasuh sudah dua tahun menjaga anak sulung pengadu, dan baru tiga bulan menjaga mangsa. “Siasatan awal mendapati mangsa minum sebotol susu sebelum kejadian.

“Selepas minum susu mangsa tidur dan didapati mukanya kebiruan ketika dalam tidur,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama siasatan mendapati tiada kecederaan pada mangsa, dan kecederaan didakwa bapanya adalah kecederaan lampau sebelum kejadian.

Katanya, kecederaan lampau yang didakwa bapa mangsa akan diambilkira untuk siasatan kes.

Sementara itu, Shahurinain berkata, dalam kejadian itu pengadu yang juga bapa bayi berkenaan Muhd Hafez Mohamed, 32, menerima panggilan daripada pengasuh jam 2.30 petang.

Katanya, pengasuh memaklumkan anak lelakinya berusia empat bulan tidak sedarkan diri, sebelum bergegas ke rumah pengasuh.

Menurutnya, pengadu melihat anaknya dalam keadaan muka pucat dan tapak kaki biru sebelum membawa si mati menaiki motosikal ke Klinik Kesihatan Majidee.

“Dia memberitahu anaknya tidak sedarkan diri di rumah pengasuh sebelum bayi itu dihantar ke bahagian zon merah Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan ambulans.

“Doktor bertugas cuba menyelamatkan si mati, namun selepas 15 minit terpaksa mengesahkan bayi itu meninggal dunia,” katanya.Al fatihah.