Padah dera kanak-kanak .. Dua guru taska sudah ditahan polis (4Gambar)

Melaka : Video pederaan kanak-kanak taska didera oleh 2 orang guru taska terbabit telah kembali Viral dilaman sosial yang menimbulkan kemarahan netizen.

Namun pihak Polis dalam kenyataan hari ini pihak mereka tekah menahan dua guru tadika bagi membantu siasatan video perlakuan kedua-dua mereka mendera serta memukul beberapa orang kanak-kanak di sebuah pusat perkembangan kanak-kanak di Cheng di sini, yang tular dalam laman sosial baru-baru ini.

Kedua-dua guru wanita itu yang masing-masing berusia 21 dan 40 tahun ditahan pada Sabtu lalu selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh pengurus pusat perkembangan kanak-kanak itu pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 30 Julai lalu di pusat perkembangan kanak-kanak itu yang terletak di Cheng.

“Pusat perkembangan kanak-kanak itu mempunyai dua cawangan iaitu yang pertama dibuka di Ayer Keroh dan sebuah lagi di Cheng. Kejadian dikatakan berlaku di premis di Cheng membabitkan empat kanak-kanak.

“Susulan laporan dibuat pengurus pusat itu, polis menahan dua guru wanita terbabit bagi membantu siasatan dan ketika ini polis sedang melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi

Dua video rakaman kejadian itu, masing-masing berdurasi 2 minit 10 saat dan 36 saat tular dalam laman sosial menunjukkan tindakan dua guru wanita berkenaan memukul serta mencederakan beberapa orang kanak-kanak di pusat perkembangan itu.

Video berdurasi 36 saat memaparkan tindakan salah seorang guru terbabit menampar seorang kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh dari kerusi manakala satu lagi video menunjukkan tindakan seorang lagi guru mengangkat kanak-kanak perempuan di pusat itu dan diletakkan di atas tubuh kanak-kanak lelaki yang terbaring.

Difahamkan, hasil pemeriksaan pada tubuh kanak-kanak itu bagaimanapun tidak menemukan sebarang kecederaan.