Musibah disebalik foto pilu sicomel muntah 6Gambar

Dengkil : Musibah disebalik foto pilu sicomel muntah 6Gambar Hari ini foto seorang kanak-kanak muntah di atas anggota bomba dalam jentera EMRS Viral yang mana ketika foto tersebut dirakam pihak penyelamat yang baru berjaya memadam kebakaran sebuah rumahdi Taman Arked, Dengkil malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12 malam tadi rumah teres yang didiami adik comel ini bersama keluarga terbakar yang membabitkan 50 peratus kerosakan pada rumah terbabit.

Ibu mangsa Izyani Raship, bapa mangsa Shahil Halmi serta anak sulung keluarga ini cedera melecur dimuka dihantar ke Hospital Putrajaya malam tadi untuk rawatan.

Bapa mangsa di masukkan ke ICU dan dipengsankan untuk memudahkan rawatan manakala ibu mangsa bersama anak sulung dimasukan ke wad 3b Hospital Putrajaya.

Si comel dan dua lagi adik beradik tidak pasti keadaan mereka, sicomel mengalami muntah-muntah mungkin akibat tersedut asap, semasa foto nya dirakam dia memberi tahu anggota bomba yang memegangnya yang dia hendak muntah.

Melalui Sinar Harian gambar seorang kanak-kanak muntah di pangkuan riba seorang anggota bomba yang tular di media sosial hari ini, mengundang pelbagai reaksi netizen dan menerima lebih 10,000 emoji.

Turut dimuat turun bersama gambar itu kapsyen perbualan yang menyebabkan netizen rasa tersentuh sekali gus melahirkan rasa bangga terhadap pekerjaan dan tugas anggota bomba.

Gambar tersebut dipercayai dirakam seorang individu dikenali sebagai Efi Cassey selepas kejadian kebakaran membabitkan tujuh mangsa di Cyberjaya awal pagi tadi.

Di bahagian kapsyen gambar bertulis ‘Dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, sebuah kisah benar dalam jentera perkhidmatan bantuan kecemasan perubatan (EMRS) jam 1 pagi tadi. Kebakaran yang membabitkan tujuh mangsa’.

Kapsyen berkenaan turut diselitkan dengan dialog antara mangsa kanak-kanak dan anggota bomba terbabit apabila kanak-kanak itu mahu muntah.

“Adik: nak muntah. Abam Bomba: Tak apa, muntah je. Sambil tu habis baju api beliau dipenuhi dengan muntah adik tu,” tulis pemilik akaun, Muhd Azul yang memuat naik status tersebut yang kemudian tular di Facebook.

Difahamkan, bapa kepada kanak-kanak itu berada dalam ambulans lain manakala ibunya sedang terbaring dalam EMRS.

Status bergambar dimuat naik yang turut memaparkan reaksi wajah anggota bomba tersenyum itu menerima lebih 1,500 perkongsian serta ratusan komen netizen.

Jaya Padiman Bayan Budiman menulis, mulia hati abam bomba ni.

“Ya ALLAH ampuni dosa-dosanya, rahmatilah dia, beri afiat dan kesejahteraan untuknya dan keluarganya,” tulisnya di bahagian komen.

Sementara itu Adda Alias pula menulis ‘sweetnya’ abang bomba ni. Nak muntah juga la. Sudi tak abang bomba tolong lapkan muntah saya.

Farah Fied pula menulis kerjaya yang kurang diberi perhatian dan dibangga-banggakan

“Tetapi itulah mereka, ikhlas dari hati memikul tanggungjawab tanpa mengira apa pun yg mereka hadapi,” tulisnya.

Terima kasih abang bomba sama-sama kita doakan agar keluarga adik comel ini pulih seperti sediakan sesungguh nya amat berat dugaan ini buat keluarga mereka.