Mama pergi dulu ajalnya malam jumaat 8gambar

Mersing : Mama pergi dulu ajalnya malam jumaat 8gambar Permergian mengejut Zuriaty Abu Khalib, 37, malam tadi bersama rakan nya mengudang pilu insan-insan yang mengenali mangsa.

Ibu kepada 3 cahaya mata ini meninggal dunia apabila kereta yang dinaiki bersama rakan telah bertembung dengan pacuan 4 roda jenis Isuzu DMAX.

Tak sangka k.zu…Zuriya Atiqahana  ..ya allah tempatkanlah k.zu di kalangan orang yg brimn…dah lama tak jumpa k.zu…ya allah k.zu org yang baik sangat….kepada kawan2 yang kenal k.zu jom sama2 kita sedekahkan alfatihah buatnya..doakn semoga segala urusan pengebumian dipermudahkan…
Ya allah ya tuhan ku…. Menggigil rase badan bile tgk nama akak .. Baru je jumpe😭😭
Tak ada dah tempat nak ngadu😭😭😭 semoga akak tenang disana… Ya allah masih tak percaya lagi akak dah tak ada😭😭 -norfadilah alwi

Dalam kejadian malam tadi kedua sahabat itu maut tersepit dalam kemalangan di Jalan Mersing-Jemaluang, Kampung Gajah Mati, Mersing, 9.30 malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Anuar Hussin berkata, Zuriaty dan Rohaya Ibrahim, 37, dari Mersing menaiki Proton Saga BLM maut di tempat kejadian.

Katanya, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Saga BLM dan kenderaan pacuan empat roda Isuzu DMAX Ranhill SAJ.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.30 malam tadi, sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

mama-pergi-dulu-ajalnya-malam-jumaat-8gambar

mama-pergi-dulu-ajalnya-malam-jumaat-8gambar

mama-pergi-dulu-ajalnya-malam-jumaat-8gambar

“Apabila tiba pihak ambulans sudah berada di lokasi dan pegawai perubatan yang memeriksa mangsa mengesahkan kedua-dua wanita berkenaan sudah meninggal dunia sebelum bomba berusaha mengeluarkan mangsa.

“Kami mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa beralamat di Bandar Bera, Pahang, berikutan mayat mereka tersepit di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi.

Anuar berkata, bagaimanapun, dua lelaki yang juga kakitangan Ranhill SAJ berusia 48 dan 35 tahun, dari Jemaluang ke Mersing hanya cedera ringan.

Beliau berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Mersing dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.27 malam tadi.a

Semoga keluarga kedua-dua mangsa tabah permergian pilu Zuriaty adalah kehilangan buat keluarga dia insan yang sangat baik dan amat dikenali. Al fatihah.