Maafkan papa sayang isteri m4ut kem4langan 7gambar

Hulu Selangor : Maafkan papa sayang isteri m4ut kem4langan 7gambar Hasrat seorang wanita menemai suami nya berkerja sebagai pemandu menghantar barang berakhir dengan tragedi apabila dia maut impak kemalangan yang menimpa lori suami nya.

Dalam kejadian 6.55 pagi tadi Eeda Farina Mohd Saleh, 30, bersama bayi nya menaiki lori yang dipandu suami yang dalam perjalanan menghantar barang.

Tidak disangka diperjalanan awal pagi itu lori yang dipandu suaminya merempuh treler yang terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 413 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan Hulu Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, bagaimanapun suami dan anaknya itu terselamat dalam kejadian berkenaan.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila treler dipandu lelaki berusia 34 tahun yang dalam perjalanan dari Seberang Perai ke ibu negara dikatakan melanggar treler lain yang ketika itu bergerak di lorong kiri lebuh raya.

“Bagaimanapun, pemandu treler yang dilanggar itu tidak memberhentikan kenderaannya,” katanya.

Menurutnya, lori jenis Isuzu dipandu suami mangsa yang berada di belakang treler yang melanggar treler lain, tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan treler berkenaan.

“Kejadian mengakibatkan mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya berusia 34 tahun hanya cedera dan bayi mereka pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,”katanya.

Semoga suami arwah tabah dan cepat sembuh,kesihan bayi nya yang masih kecil kehilangan ibu tersayang. Al fatihah.