M4ut rempuh pokok tumbang 6Gambar

Batang Kali : M4ut rempuh pokok tumbang 6Gambar Seorang penunggang motosikal kuasa tinggi maut manakala isteri nya parah dalam kejadian di jalan Sungai Tua Hulu Yam semalam.

Mangsa Mohd Fadhil Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Bro Ayie meningg4l dunia ditempat kejadian apabila motosikal kuasatinggi jenis Suzuki Hayabusa nya hilang kawalan merempuh pokok tumbang.

Isteri mangsa yang dikenali dengan nama Azizah Ayub parah impak kemalangan tersebut kedua-dua dihantar ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.

Apa yang berlaku mengudang pilu rakan-rakan yang mengenali Bro Yie dan isteri mereka sangat baik dan amat meminati motosikal kuasa tinggi dan selalu menyertai kovoi motosikal kuasa tinggi kelab motosikal Suzuki Hayabusa.

Assalamualaikum teman-teman ku. Dukacita baru dapat berita rakan sekerja kita.. saudara AYIE FADZIL (Admin MIDF) telah kembali kerahmatullah sebentar tadi kerana kemalangan motosikal rempuh pokok tumbang di Ulu Yam.

Kemalangan di jalan sungai tua – ulu yam, selepas perkampungan org asli, motorsikal langgar pokok tumbang. Mangsa meninggal di tempat kejadian.
Mangsa ialah Mohd Fazil, No 12, Jln Mahagoni 1A.

Isteri mangsa, Pn Azizah cedera parah dan kini masih dlm rawatan di ICU, Hospital Selayang.

Al-Fatihah
Innalillahiwainnailaihirojiun

“Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu”. Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah ….

Seorang yg sangat baik dan sngt mesra dgn rakan2nya.. Kami semua akan merindui mu wahai sahabat -Jeslina Jalaludin

Al fatihah bro ayie..pernah dulu ride sekali ke kedah dan abang ayie nyaris cium belakag lori masa on the way ke kedah..Alhamdulillah abang ayie sempat elak dan kemungkinan masa itu badan dia terlalu penat. Hari ini abang ayie pergi akibat kemalangan jalan raya..kami disini bersama kawan-kawan yang lain mendoakan Arwah berada di tempat org yang beriman. Mati itu pasti..semua yg hidup pasti akan kembali padanya. Salam takziah buat keluarga Arwah. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Yang baik semua datag dari dia..yang jahat datang daripada diri kita sndiri. Muhasabah diri..doa yang baik-baik -Harry Amir

Sedikit coretan buat Mohd Fadzil Ahmad atau di kenali dalam kalangan sahabat sebagai abg ayie

Mula kenal 2 tahun lepas dalam group RBF masa tu memang hulur hilir active ride sekali petik 20 +- motor mesti ada !

Last ride kita semua ke lemang toki sept lepas

Last TD kita semua ke sepang oct lepas

Seorang yang nampak garang tapi serius siapa kenal rapat tahu la abg ayie macam mana

Betapa dia ni periang, kaki sakat orang lain dan gurau senda bahan orang paling kuat

Tak lokek senyuman sentiasa 24 jam tersenyum

Tak lokek ilmu permotoran

Tak pernah fussy bila jadi customer saya

Tak pernah tak senang dan sentiasa selesa bila ber bual dengan dia

Dan pasti nya kita semua tahu dia memang otai dalam scene permotoran malaysia

Hari ni saya semakin percaya quote ini

” ORANG BAIK SELALU PERGI DULU ” ??

Yes u are the man abg ayie moga sentiasa dalam lindungan Allah dan berada dalam kalangan orang beriman

Seorang lagi teman bikers saya pergi mendahului kita semua, kami pasti merindui mu abg ayie

Al – fatihah buat abang ayie hayabusa -Wan Mohd Shahydanz

Punca sebenar kejadian kini disisat oleh pihak berwajib, apa yang pasti permergian Bro Ayie amat dirasai oleh rakan-rakan nya.

Semoga isterinya cepat sembuh dan tabah dengan apa yang berlaku mereka berdua punyai minat sama namun sekarang suami nya telah dijemput ilahi. Al fatihah