Luahan sayu Rafly tentang Mati sebelum ajal .. Hasrat berkahwin 2018 tidak kesampaian (8Gambar)

Kuantan : Tiada lagi seorang insan yang sangat berbakat dan disenangi rakan-rakan setelah hampir dua bulan terlantar di Hospital dia dibenarkan pulang ke rumah namun kesihatan nya terus merosot sehingga lah menghembus nafas terakhir petang semalam.

Bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan Manis FM, Rafly Rahamat meninggal dunia kira-kira pukul 7.10 malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman keluarganya di Kuantan, Pahang.

Allahyarham difahamkan sebenarnya baharu sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan selepas terlantar sejak April lalu.

Namun apakah penyakit sebenar dihadapi oleh Allahyarham tidak dapat dipastikan, pun begitu dikatakan terkena penyakit misteri.

Sementara itu melalui instagram rasmi @hotfm976 turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rafly Rahamat.

Apa yang berlaku mengudang pilu memandangkan arwah berhasrat untuk menamatkan zaman bujang nya pada tahun 2018 ini.

Semenjak Januari lagi arwah meluahkan keinginannya dilaman instagram nya berhasrat ingin berkahwin  namun ayat yang paling sedih adalah ” Tapi macam tak sempat jer nak kahwin ” itu lah tulisan nya di laman sosial.

Satu foto amat menyentuh hati arwah amat meminati pelakon Fattiya Latif , sempena hari wanita yang lalu caption ucapanya buat Fattiya amat menyentuh hati berbunyi ” Selamat hari wanita sedunia untuk ❤ b doakan semoga syg menjadi wanita yg tabah dan solehah love u syg.

Semanjak sakit april lalu arwah banyak menulis tentang ” Mati ” dilaman sosialnya dia seseolah sudah tahu ajal nya akan sampai setelah dideritai sakit yang belum pasti punca nya.

Namun setelah puas menderita akhir nya ajal menjemput Rafly pergi dibulan ramadhan yang mulia semoga roh arwah tenang disana jenazah akan disemadikan selepas zohor tengahri ini. Al fatihah.