Kita bersama disyurga bakal pengantin lemas 8gambar

Hulu Terengganu : Kita bersama disyurga bakal pengantin lemas 8gambar Tiada siapa menduga hanya seminggu ikatan pertunangan pasangan ini, kini mereka dipisahkan oleh ajal.

Tunang mangsa Nurliana Majnun, 31, atau lebih mesra dengan panggilan Alyana amat pilu dengan apa yang berlaku yang mana tunang nya Wan Mohammad Rafiq Abdul Karim, 29, meninggal dunia akibat lemas ketika bersama nya dan keluarga beriadah di Air Terjun Belukar Bukit.

Mereka baru mengikat tali pertunangan pada 01.03.19 lalu dan baru seminggu ikatan pertunangan tersebut kini Wan Rafiq telah kembali pada pencipta akibat lemas, foto-foto di majlis pertunangan masih belum berlalu di garis masa laman sosial nya namun tunang tersayang telah pergi buat selamanya.

Dalam pada itu Utusan Online melaporkan keseronokan seorang tukang masak kantin sekolah berkelah bersama tunangnya di kawasan Air Terjun Belukar Bukit dekat sini petang ini berakhir tragedi apabila pemuda itu mati lemas ketika mandi di situ.

Wan Mohammad Rafiq Abdul Karim, 29, yang beralamat di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dikatakan lemas dalam kejadian pukul 4.36 petang tadi.

Ketua Polis Daerah ini, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira 15 minit kemudian pada kedalaman 15 kaki di dasar sungai.

Beliau memberitahu, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

“Mangsa bekerja sebagai tukang masak di kantin Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin, Ladang di Kuala Terengganu,” katanya hari ini.

Mohd. Adli mengulas lanjut, sebelum kejadian mangsa bersama tunangnya, Nurliana Majnun, 31, yang berasal dari Kampung Binjai Rendah, Marang berkunjung ke kawasan air terjun itu untuk berkelah sebelum mangsa turun mandi di situ.

Katanya, ketika sedang mandi, mangsa telah lemas sebelum tunangnya, Nurliana meminta bantuan orang ramai di lokasi kejadian.

Tambahnya, operasi mencari mangsa turut disertai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hulu Terengganu.

Semoga Alyana tabah dengan apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebalik kejadian semoga dia terus kuat, tunang tersayang menanti nya disyurga walaupun mereka tidak sempat bersama didunia. Al fatihah.