Kimie dijemput ilahi lepas cermerlang Spm 8gambar

Jitra: Kimie dijemput ilahi lepas cermerlang Spm 8gambar Mereka 4 orang sahabat baik begitu gembira dengan keputusan SPM yang mereka berempat namun namun kegembiraan itu tidak lama apabila salah seorang dari mereka dijemput ilahi kemalangan.

Mereka sempat bergembira bergambar bersama selepas mengambil keputusan Spm semalam.

BH dalam talian melaporkan seorang pelajar lelaki yang mendapat 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan hari ini, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 33.6 berhampiran jalan keluar Bandar Darulaman, di sini.

Dalam kejadian jam 6.13 petang itu, motosikal yang ditunggang Muhammad Hakimie Ifwat Sabaruddin, 18, bergesel dengan seorang lagi motosikal yang ditunggangi temannya.

Rakan mangsa, Qumail Saini Suhaimi, 18, berkata dia tidak menyangka Muhamad Hakimie mati selepas mereka terlibat dalam kemalangan.

“Saya menunggang motosikal bersama seorang lagi rakan, Aqil Amzar Mas’ad, dan berada di bahagian depan manakala mangsa yang menunggang sebuah motosikal berada di belakang.

“Ketika itu, saya cuba mengelak motosikal yang ditunggangi seorang lelaki yang juga warga emas dan berkemungkinan tidak ada perasan dan tak sempat elak menyebabkan berlaku kemalangan itu.

“Ketika itu saya nampak Muhammad Hakimie terpelanting sebelum tidak sedarkan diri manakala Amzar Amran, 18, yang membonceng motosikal itu juga menjerit meminta tolong kerana kaki kirinya dipercayai patah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jitra, malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang Muhammad Hakimie bergesel dengan motosikal ditunggangi dua rakan mereka.

Beliau berkata, kejadian berlaku selepas motosikal yang ditunggang Qumail Husaini dan rakannya, Aqil Amzar Mas’ad, 18, dikatakan secara tiba-tiba brek sebelum mengelak ke kiri jalan.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, terjadi geselan dengan motosikal arwah di bahagian kiri menyebabkan mereka jatuh di atas jalan raya.

“Bagaimanapun, dua lagi rakan yang menunggang sebuah motosikal di hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Ismail berkata, Muhammad Hakimie dipercayai mati di tempat kejadian manakala Amzar dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” katanya. Al fatihah.