Kakitangan JAKIM maut kereta dirempuh 8gambar

Dengkil : Kakitangan JAKIM maut kereta dirempuh 8gambar wanita maut apabila kereta yang dipandunya jenis perodua kancil dirempuh perodua Alza dalam kejadian petang tadi di Dengkil.

Mangsa yang dikenali dengan nama Sharini,38, disahkan identiti melaluikan kad kerja nya beliau merupakan Pembantu Tadbir di Bahagian Perhubungan, JAKIM Putrajaya meninggal dunia ditempat kejadian.

Difahamkan mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja nya di Putrajaya mengikut saksi kereta mangsa dirempuh dari arah belakang oleh perodua Alza terbabit.

Impak rempuhan Alza yang dipercayai dipandu laju menyebabkan kereta mangsa remuk dibahagian belakang dan bahagian hadapan pula merempuh penghadang jalan.

Mangsa tersepit ditempat duduk hadapan impak dari kemalangan yang menimpa nya,dia disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang tiba ditempat kejadian.

Mengikut insan-insan yang mengenali mangsa, arwah meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan ketika kejadian anak-anak mangsa masih dirumah pengasuh manakala suami arwah kini berada di Thailand atas urusan kerja.

Apa yang berlaku mengundang pilu sudah ajal nya sebegitu dia dijemput ilahi dalam perjalanan pulang bertugas semoga suami arwah dan keluarga arwah tabah.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib,info penuh akan menyusul.Al fatihah.