Kak Nurin Kembali Kerahmatullah Pagi Tadi Foto Dan Status Terakhir Undang Pilu (4Gambar)

Kak Nurin Kembali Kerahmatullah Pagi Tadi Foto Dan Status Terakhir Undang Pilu (4Gambar) | Kuala Lumpur : Awal pagi tadi dunia hiburan tanahair dikejutkan dengan permergian mengejut pelakon serba boleh Nurin Misha.

Arwah banyak membintangi drama dan banyak membawa watak sebagai ibu dan seorang insan yang lebih lebih dikenali dengan ” Mak cik bawang ” watak nya sentiasa mendapat perhatian penonton.

Dilaman sosial nya arwah sempat berkongsi foto terakhir pada 3 Ogos lalu dan status pada 5 Ogos lalu dalam foto itu wajah arwah kelihatan pucat seperti seorang yang sedang sakit, rata-rata pelayar laman sosial nya terkejut dengan permergian nya hari ini.

Kak Nurin Misha meninggal dunia awal pagi tadi di kediamannya di Jalan Ipoh di sini.

Berita tersebut dikongsikan pengarah drama, Eoon Suhaini melalui Instagram miliknya sebentar tadi.

“Dukacitanya dimaklumkan bahawa Kak Nurin telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi di rumahnya di Jalan Ipoh.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulis pengarah drama Love You Mr Arrogant itu.

Terdahulu, pelakon Fasha Sanda turut berkongsi berita menyedihkan tersebut melalui Insta Story miliknya pagi tadi.

“Takziah untuk keluarga Kak Nurin sekeluarga,” kongsi Fasha, Punca sebenar permergian nya tidak dapat dipastikan lagi, semoga keluarga arwah tabah. Al fatihah.

Sumber : Coretanmedia.net