Izhuan dijemput ilahi hasrat bertunang tidak kesampaian .. Vios rempuh pokok (6Gambar)

Batu Pahat : Hasrat seorang lelaki ingin mengikat tali pertunangan dengan kekasih tidak kesampaian apabila dia dijemput ilahi dalam kemalangan di Kilometer 135 Jalan Batu Pahat-Muar, dekat Peserai, malam tadi.

Mangsa Muhamad Izhuan Kahar, 24, penumpang hadapan kereta jenis Toyata Vios terbabit meninggal dunia ditempat kejadian impak kemalangan dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu.

Turut maut pemandu kereta terbabit Mohd Fazly Reza Mohamed, 30, dalam pada itu teman wanita Izhuan meluahkan rasa sedih nya dilaman sosial.

Amira berkata arwah beria-ria berhenti merokok semata-mata ingin menunaikan janji pada kekasih nya dia sanggup cuba melupakan rokok dan berhasrat untuk bertunang.

Dua lagi penumpang belakang, Muhamad Basri Hamadan, 24, dan Nor Hasyim Abu Bakar, 34, dilaporkan parah dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan KS Mender Singh, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika empat sahabat berkenaan dalam perjalanan dari arah bandar menuju ke Muar.

“Setibanya mereka di lokasi kejadian di kawasan Peserai, kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di bahu kiri jalan berkenaan.

“Akibat rempuhan kuat itu, pemandu kereta dan penumpang hadapan maut serta-merta di lokasi kejadian manakala dua penumpang belakang yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.

“Siasatan awal mendapati keempat-empat mangsa adalah sahabat dan bekerja di sebuah cawangan restoran Jepun,” katanya ketika dihubungi.

Mender berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Fauzi Mohd Nor, ketika dihubungi berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Timah Sari bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian apabila menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati pemandu kereta tersepit di dalam kereta berkenaan dan bantuan segera diberikan bagi mengeluarkan mangsa.

“Tiga lagi mangsa berjaya dikeluarkan hasil bantuan orang awam di lokasi, ” katanya.Al fatihah buat kedua-dua mangsa moga Amira dan isteri arwah Fazly tabah. Al fatihah.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *