Isteri sayang suami selisih faham dia ditet4k 6Gambar

Kinabatangan : Isteri sayang suami selisih faham dia ditet4k 6Gambar Akibat terlalu sayang suami dia sanggup berkorban segalanya berkerja sebagai pengutip buah sawit namun suami nya sebaliknya tidak berkerja.

Dia tidak pernah abaikan tanggung jawab nya untuk memasak buat suami, namun di sebabkan perasaan cemburu akibat terlalu sayangkan suami berlaku selisih faham anatara mereka.

Siasatan kes suami yang disyaki menetak isterinya hingga mati di Ladang Pintasan, Kinabatangan, semalam dikatakan berbuat demikian disebabkan terlalu marah apabila dituduh mempunyai perempuan lain.

Menurut sumber, suspek tidak dapat mengawal marah hingga hilang pertimbangan dan bertindak menetak isterinya apabila ditanya mengenai perkara itu.

“Disebabkan terlalu marah, suspek bertindak kejam dengan menetak mangsa,” katanya.

Laporan awal wanita ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala, muka dan tangan dipercayai ditetak suaminya dalam satu kejadian di Ladang Pintasan, dekat Kinabatangan, semalam.

Mangsa yang berusia 27 tahun itu dipercayai dibunuh pada jam 8 pagi, namun laporan mengenainya hanya dibuat pada jam 8.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat berkata, laporan dibuat orang awam memaklumkan satu kejadian bunuh berlaku di lokasi berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut biji sawit, manakala suaminya tidak bekerja. Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

A Sahak berkata, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kecederaan akibat tetakan di muka kiri, di atas kepala dan belakang kepala.

Selain itu, katanya pergelangan tangan kanan mangsa juga hampir putus manakala tiga jari kanannya putus dipercayai ditetak.

“Pemeriksaan di dapur menemui cebisan jari mangsa yang putus. Senjata yang digunakan dipercayai adalah parang milik suami. Ketika kejadian, jiran mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang pergaduhan ataupun bunyi bising dari rumah itu,” katanya.

Katanya, selepas kejadian, jiran mangsa melihat suspek berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira jam 8 malam sebelum melarikan diri ke arah sungai.

Beliau berkata, penduduk yang bimbang berlaku kejadian tidak diingini bertindak mengejar suspek, namun gagal sebelum mereka memeriksa rumah pasangan itu dan mendapati isterinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Motif kejadian setakat ini dipercayai berpunca akibat perselisihan faham di antara mangsa dan suspek ketika mereka berada di dapur.

“Ia berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling.

Menurutnya, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.

Polis hari ini, menahan seorang lelaki berusia 30-an yang disyaki menetak isterinya yang berusia 27 tahun hingga mati di Perumahan Pekerja Ladang Pintasan 5B dekat Kinabatangan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supritendan A Sahak Rahmat berkata, dalam kejadian malam tadi, beberapa anggota pengawal keselamatan ladang dikatakan mengejar lelaki berkenaan sehingga ke sungai berhampiran, namun penganggur itu dapat meloloskan diri.

“Siasatan awal mendapati, pada awalnya jiran pasangan itu mendakwa hanya melihat lelaki itu berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang di tangannya kira-kira 8 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suami isteri warga Indonesia itu didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Mangsa yang bekerja sebagai pemungut biji kelapa sawit di ladang, ditemukan terbaring di ruang tamu rumah pekerja dengan kesan beberapa tetakan di muka, kepala serta putus tiga jari kanan.

A Sahak berkata kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara mereka dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.