Ibu tak sempat berbuka puasa sunat 8gambar

Sepang : Ibu tak sempat berbuka puasa sunat 8gambar Sebak pilu apa yang berlaku anak kepada Puan Shaarini membeli banyak kuih donat untuk makan bersama ibu nya sewaktu ibu nya berbuka puasa, difaham kan ketika kejadian ibu nya sedang berpuasa sunat.

Namun segala hasrat dan keinginan anak itu untuk melihat ibu nya makan kuih itu tidak kesampaian apabila ibu nya telah terlibat dalam kemalangan diperjalanan pulang kerumah.

Perkara tersebut diceritakan oleh cikgu kepada anak mangsa sewaktu anak mangsa ingin pulang dari sekolah.

Dalam pada itu Berita Harian melaporkan seorang penjawat awam wanita maut selepas PERODUA Kancil dipandunya terbalik lalu, terlanggar penghadang besi dalam kemalangan di Kilometer 44 sebelum susur masuk ke pekan Dengkil dari arah Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata kejadian jam 6.10 petang itu menyebabkan pemandu, Shaarini Shari Pinansa, 38, yang juga kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meninggal dunia di tempat kejadian.

“Ketika kejadian, kenderaan mangsa dari arah Putrajaya ke Bandar Baru Salak Tinggi dan dalam masa sama serta dari arah yang sama, datang sebuah PERODUA Alza hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang PERODUA Kancil berkenaan.

“Akibat perlanggaran itu, PERODUA Kancil terbalik lalu terlanggar penghadang besi jalan kiri menyebabkan pemandunya tersepit dalam kenderaannya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang beralamat di Salak Tinggi, Sepang mengalami kecederaan pada kepala dan dada, manakala keseluruhan kenderaan dipandunya remuk teruk.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Abdul Aziz berkata, saksi kemalangan itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor R Kalidasan di talian 012-7952282.

Dalam pada itu suami arwah yang juga penjawat awam dibawah JAKIM memberitahu jenazah isteri nya akan disolatkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan akan disemadikan pada pukul 10 pagi ini.

Takziah kepada En Rozali bin Mohamed Yunus dan ahli keluarga atas pemergian Almarhumah Puan Sharini binti Shari Pinansa.

En Rozali merupakan Pegawai yang berkhidmat di JAKIM bersama Almarhumah isteri beliau. JAKIM amat merasakan kehilangan seorang staf yang berakhlak mulia dan berdedikasi di dalam tugas.

Semoga Allah SWT menempatkan Almarhumah bersama kalangan Syuhada’ dan Solihin. Al fatihah