Haziq pergi jua rehatlah anak syurga 5gambar

Kuala Lumpur : Haziq pergi jua rehatlah anak syurga 5gambar Mangsa serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang dilaporkan hilang sejak kejadian Jumaat lalu, disahkan meninggal dunia.

Pengesahan terbabit dilaporkan Exco Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Pooh, pada 11.20 malam ini.

“Kedutaan Malaysia sudah terima maklumat bahawa Haziq sudah meninggal dunia,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berperanan menjaga hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof akan bertolak ke Christchurch bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menyertai solat jenazah dan khutbah Jumaat di negara berkenaan.

Phee berkata, kerajaan New Zealand cukup teliti dan mematuhi prosedur berkaitan akta peribadi, tambahan pula banyak kematian berlaku dalam kes berkenaan.

“Berikutan itu, pengesahan daripada keluarga perlu dilakukan dengan teliti termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum sebarang pengumuman dilakukan.

“Saya bersama ibu mangsa malam tadi,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro masih menunggu laporan rasmi daripada pihak kedutaan Malaysia di New Zealand mengenai perkara berkenaan.

Mohd Haziq adalah anak kepada Mohd Tarmizi Shuib yang turut terkena tembakan dalam kejadian berkenaan.

Sebelum ini ibu dan ahli keluarga kepada rak­yat Malaysia, Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi, 17, yang hilang selepas serangan berdarah di Masjid Al-Noor di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu kini amat resah apabila remaja terbabit masih belum ditemui.

Ibu saudaranya, Zarina Shuib (gambar kecil), 53, berkata, perkembangan tentang Mohd. Haziq itu dimaklumkan oleh ibu remaja terbabit, Marina Hamzah, 46, menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira pukul 2 petang semalam.

“Dia (Marina) memaklumkan Haziq belum ditemui dan tiada sebarang berita tentangnya. Kami meminta seluruh rakyat sama-sama mendoakan agar Mohd. Haziq ditemui selamat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Zarina memberitahu, anak saudaranya itu seorang yang agak pendiam dan rapat dengan bapanya, Mohd. Tarmizi Shuib, 42, yang turut cedera akibat ter­kena tembakan rambang pengganas di masjid tersebut.

“Saya juga tidak dapat membayangkan betapa bimbangnya adik saya (Mohd. Tarmizi) dengan kehilangan anak kesayangannya itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, Mohd. Tarmizi kini dalam kea­daan stabil dan telah sedar selepas menjalani pembedahan membuang peluru di belakang badannya kelmarin.

Tambahnya, abangnya, Zakaria, 55, dan adik, Mariani, 49, serta sepupu, Nordina Ahmad Fauzi, 30, akan diterbangkan ke New Zealand esok.

Media melaporkan seramai 49 terbunuh selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ala permainan video di dalam Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood di Christchurch yang penuh sesak dengan jemaah solat Jumaat.

Tiga rakyat Malaysia turut dilaporkan cedera akibat ter­kena tembakan, manakala Mohd. Ha­ziq dilaporkan masih hilang.

Mohd. Haziq pergi ke masjid tersebut bersama bapanya, Mohd. Tarmizi dan adiknya, Hariz.

Ketika kejadian, Mohd. Tarmizi dikatakan berlari dengan Hariz tetapi dia terkena tembakan namun anaknya itu selamat.

Bagaimanapun, Mohd. Haziq telah hilang selepas kejadian itu.Al fatihah.